Wednesday, September 30, 2009

KETAHUILAH HAK ANDA


KRISIS EKONOMI¡­??? Sudahkah anda bersedia¡­???Adakah ANDA mahu diketegorikan sebagai PENERIMA ZAKAT..???


PELUANG kerja yang semakin susah¡­???


Atau nak jadi PENJENAYAH¡­??? Setiap hari perlukan duit untuk makan tapi kerja dah takde, maka ramailah yang akan melakukan apa saje untuk DUIT¡­


atau terpaksa membunuh diri kerana malu pada keluarga¡­???


Setiap hari kita dengar berita mengenai krisis ekonomi. Saban hari kita mendengar ramai sekali orang kehilangan pekerjaan.Adakah anda tergolong dalam golongan yang di atas¡­??? Jika ¡°YA¡±, apa tindakan anda¡­???Jika ¡°TIDAK¡±, anda seorang yang bertuah¡­ tapi takkan tiada kawan-kawan, kenalan, jiran, saudara mara anda yang termasuk dalam golongan di atas???. Tak salah jika kita berkongsi/share atau bantu mereka-mereka yang malang nie dengan memperkenalkan biz nie kepada mereka¡­ Fikir-fikirkanlah¡­


...Terpulang kepada apa yang anda cari. Adakah anda ingin mencari Syarikat untuk buat bisnis sementara atau boleh dapat duit lumayan tetapi berkekalan? SEKADAR MENGINGATKAN Sebelum terjun, lihatlah terlebih dahulu syarikat, sejarah syarikat dan leader-leader yang menerajuinya. Jangan mudah terpedaya dengan imej dan cakap-cakap yang menyeronokkan. Kita buat MLM nak buat duit, bukan nak jadi miskin¡­ INGAT tu¡­


JANGAN ROSAKKAN IMEJ ANDA

Komuniti MLM kecil. Baik di Malaysia atau Indonesia. Semua orang akan dengar reputasi anda oleh semua orang. Kalau anda turut jadi leader yang cuma pentingkan diri sendiri TANPA ada rasa tanggungjawab atau bersalah, balanya akan datang menimpa anda juga nanti. Memang anda boleh beli Mercedes atau BMW dalam masa yang singkat. Tapi ingat..!!! berapa ramai orang yang sumpah seranah di belakang anda. Rezeki yang tidak berkat pasti akan mengundang mala petaka kerana membina kekayaan atas kesusahan orang lain. Rezeki itu nantinya akan kita bagi makan anak isteri kita serta jadi darah daging. Nasihat saya, carilah rezeki yang halal dan barakah.


LATAR BELAKANG SYARIKAT

Siasat terlebih dahulu kedudukan kewangan syarikat, sejarah serta owner (pemilik) syarikat. Kalau owner tidak mempunyai rekod yang baik dari segi pengurusan kewangan dan pengalaman pengurusan, elakkan dari bernaung disyarikat seperti ini, contohnya, jika beliau pernah memiliki beberapa syarikat sebelum ini tapi sering buka dan tutup.


PENGURUSAN

Adakah pengurusan pernah ada rekod tidak bayar bonus member? Tidak bayar supplier? Tidak bayar speaker atau trainer? Tidak bayar sewa ofis? Tidak menghormati kebajikan member atau leader?¡­ Elakkan juga syarikat yang suka tukar marketing plan secara tiba-tiba. Kalau dah ¡°overpaid¡± kenapa tak kaji dari awal-awal lagi¡­ini semua alasan syarikat.


SOKONGAN DAN PRASARANA.

Sokongan dari syarikat dalam bentuk sistem computer (pengkalan data), internet dan pejabat yang lengkap. Hati-hati dengan syarikat yang berpejabat di atas kedai kopi, dengan hanya ada satu atau dua orang staff sahaja.


KETELUSAN

Pastikan anda dapat melihat di internet jaringan, jualan anda, bonus dan sebagainya.

BONUS

Bagaimana bonus dibayar¡­!!! sangat penting. Jangan nanti, bonus kelihatan berpuluh ribu ringgit di e-wallet, tapi susah atau tidak dapat terus untuk dikeluarkan¡­banyak dah yang berlaku¡­


MARKETING PLAN ¨C MUDAH DAN SEMUA ORANG BOLEH BUAT

Teliti Marketing Plan. Adakah ianya mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang. Misalnya, buat 3 line (kaki) adalah jauh lebih mudah dari terpaksa buat 10 line untuk dapatkan pendapatan besar.


JANGAN PLAN YANG OVERPAY

Dalam masa yang sama, jangan terlalu ghairah dengan marketing plan yang tidak masuk akal. Contohnya, buat 2 line (binary) tetapi tiada limit berapa pasang yang dibayar sehari ataupun bilangan pasangan yang terlalu tinggi. Contohnya 30 pasang dengan hanya 1 akaun. Ini sudah tentu overpay, maksudnya syarikat dapat jualan RM1,000 dari seorang tetapi bayar bonus RM1,500. Ertinya lebih banyak bayar daripada dapat.


MANA ADA ORANG BERNIAGA MAU RUGI BOSS¡­???

Kalau Plan Over pay, syarikat memang sengaja. Ini untuk pancing orang masuk ramai-ramai, kumpulkan jutaan ringgit kemudian tutup syarikat.


INGAT : PENIPU-PENIPU INI BUKAN BODOH. PRODUK DAN HARGA.

Kalau ingin bisnes yang boleh bertahan lama, produk yang bagus, berkualiti serta harga yang berpatutan adalah asas bisnes supaya ada belian ulangan (repeat sale) setiap bulan.

LESEN AJL (Akta Jualan Langsung)

Pastikan syarikat ada AJL. Tanpa AJL, sudah pasti ini bukan bisnes yang sah dan syarikat memang ada niat untuk tutup bila-bila masa.

PERJUMPAAN KUMPULAN, MEETING & KURSUS.

Tanpa perjumpaan yang kuat serta meeting yang berterusan, amat sukar bisnes ni bertahan. Jika syarikat tidak beri tekanan kepada perkara-perkara sedemikian, bolehlah saya membuat kesimpulan bisnes ini tidak akan jadi benar-benar besar dan tahan lebih lama. Adalah sukar juga bagi anda membina serta mengekalkan jaringan anda tanpa perjumpaan kumpulan, meeting dan kursus.

KEPIMPINAN LEADER DI JARINGAN.

Perhatikan dan tanya siapa 001 ataupun leader-leader utama yang menerajui di jaringan syarikat. Jika mereka mempunyai rekod yang tidak baik dari segi amanah dan kepemimpinan, jauhi syarikat ini kerana ianya tidak akan kemana-mana.


LEADER HEBAT, LEADER PENYANGAK.

Ramai leader yang tidak peduli dengan apa yang akan jadi pada orang yang mereka bawa masuk, asal mereka dapat duit. Orang ramai yang kurang pengetahuan akan termakan dengan kata-kata ¡°leader-leader hebat¡± ini. Semuanya baik belaka tentang syarikat itu walaupun mereka tau yang owner syarikat serta plan memang menipu dan tak masuk akal. Rahsia yang tidak dimaklumkan kepada orang ramai ialah, biasanya leader-leader hebat dengan Mercedes dan BMW ini diupah oleh owner syarikat untuk menarik orang ramai ke syarikat mereka. Setakat RM10,000 ke RM50,000.00, biasalah. Expenses semua tanggung. Makan, minum, tidur hotel 5 bintang dan sebagainya. Jadi mereka kelihatan tersangat sukses dan mewah. Kadang-kadang 001 ini turut dipinjamkan Mercedes untuk putar belitkan pasaran. Orang biasa tengok leader hebat datang dengan kereta mewah, makan minum di hotel 5 bintang, terus terpedaya. Yang mereka tak tau, itu semua disponsor oleh syarikat¡­Penyangak BESOR¡­Lagi satu, soal leader tak angkat call juga sangat biasa. Memang ramai leader berperangai macam itu pun. Masa nak ajak, boleh call 99 kali sehari semalam 24 jam. Bila dah buat duit dia lesap, padahal dia tau syarikat itu memang penipu dari awalnya. Ada syarikat yang memang dah rancang dari awal, buat Marketing Plan sampai orang boleh mengigau bila melihatnya.


IMEJ DAN BISNIS STRATEGI.

kadang-kadang kita sendiri memang suka ditipu sebab kita TAMAK. Kita tak peduli latar belakang syarikat. Pejabat entah dimana atau atas rumah kedai pun tak apa asal dapat janjikan kita keuntungan beratus kali ganda dalam masa secepat mungkin. Mereka tau, 99% di pasaran, orang takkan tanya dari mana datangnya wang bonus boleh dibayar. Yang penting dia akan dapat banyak¡­semuanya TAMAK HALOBA¡ ­maaf kalau saya katakan melalui survey yang kami jalankan ini mengatakan hampir 90% orang melayu kita banyak terkena tipu, mana ada bisnes yang bila join cuma bayar RM1++ cari 2 orang dapat RM3++¡­ dan ada sesetengahnya pula tak payah buat apa-apa sekadar tunggu duit masuk dalam akaun jer¡­Setelah melihat semua itu, buatlah keputusan dan bertindak segera. Di dalam dunia bisnes, timing adalah segala-galanya. Kepantasan bergeraklah yang akan menentukan kejayaan serta keuntungan anda. Saya mewakili Team Empayar.com memohon maaf andai kata ada terkasar bahasa dalam saya menulis hasil survey ini, dan bagi saya kita berjuanglah bersama-sama dalam kita memantapkan lagi kerjasama dalam kumpulan kita. ¡°


YAKIN BOLEH¡ ± MLM LOVER


PERJUANGAN = SABAR + ISTIQOMAH



“Hidup adalah perjuangan”. Memang benar kalimat tersebut. Tanpa perjuangan, kita tidak akan bertahan dalam menjalani derasnya bahtera kehidupan yang penuh dengan rintangan dan tentangan.


Tapi, apakah cukup dengan kata “perjuangan”, permasalahan hidup dan kehidupan akan teratasi? Dalam menyelami perjuangan, keteguhan akan prinsip hidup kita akan tergoncang. Berjalan dijalan perjuangan tidaklah semulus jalan tol yang kurang akan selekoh dan kecacatan. Berjalan dijalan perjuangan bagai mendaki tebing dan gunung-gunung.


Adalah kesabaran dan keistiqomahanlah yang akan membuat kita kuat menjalani proses pendakian tebing dan gunung itu. Kesabaran menjalani beratnya beban masalah dan keistiqomahan menjalani proses perjuangan yang terasa panjang.


Menjalani hidup janganlah mengharapkan kesempurnaan akan hasil yang akan diraih kerana kita pun bukanlah makhluk yang luput dari ketidaksempurnaan. Mengejar kesempurnaan bagaikan mencari hujung bumi yang bulat. Dia tidak akan pernah berakhir pada hujung tertentu. Kerana kesempurnaan bukanlah merupakan tujuan akhir tapi perjalanan yang tiada berakhir.


Sabar dan istiqomahlah dalam menjalani proses perjuangan. Niscaya, sedikit kesempurnaan itu akan terasa dekat di hati…. SEMANGAT!!!


Tuesday, September 29, 2009




JANGAN CIPTA ALASAN BUKAN-BUKAN!



SEMUANYA DARIPADA FIKIRAN



“Fikiran adalah suatu benda”

Tahukah anda semua benda ataupun tindakan datang daripada minda anda? Bagaimana anda menggunakan minda bagi menentukan apa yg anda lalui. Apabila anda perhatikan segala benda yang dicipta ataupun dihasilkan, ia lahir daripada idea yang dikeluarkan oleh minda manusia. Oleh itu, sebelum sesuatu perkara ataupun benda terhasil, ia perlu melalui proses pemikiran dalam minda.Apabila anda ingin melahirkan benda yang nyata di dunia ini, anda perlu melihat kewujudan benda itu di dalam dunia minda anda. DUNIA MINDA ANDA MENGHASILKAN DUNIA LUAR ANDA!!

Oleh itu, apa yang berlaku ke atas diri anda bukanlah semata-mata nasib diri anda. Adakah anda perlu menyalahkan takdir atas kemiskinan, kesusahan ataupun pelbagai lagi masalah yang anda alami?

Bayangkan seorang pemuda ditangkap kerana menagih dadah pada hari ini.Minta pemuda itu fikirkan kembali lima atau 10 tahun yang lepas apakah yang pemuda itu lakukan sehingga beliau terjebak dalam pengaruh dadah. Apakah pemikiran yang ada semasa pemuda itu mula terjebak dengan dadah? Ramai penagih dadah menyatakan mereka hanya sekadar ingin mencuba, ataupun sekadar ingin tahu.Mentaliti sekadar mencuba menjebakkan pemuda itu sehingga terpaksa diberi pemulihan. Beliau merugikan masanya selama bertahun-tahun akibat mentaliti semasa beliau berusia belasan tahun.


Andaikan lagi anda menghidap penyakit diabetes. Fikirkan lima tahun lalu apa yang anda makan setiap hari. Andai anda mengambil sikap menjaga pemakanan adakah anda menghidap diabetes pada hari ini?

SETIAP PILIHAN ATAUPUN TINDAKAN YANG ANDA AMBIL HARI INI MEMBERI KESAN PADA DIRI ANDA PADA HARI ESOK.

Hari ini kita sedang melalui zaman di mana maklumat dan juga idea sahaja dijual beli dengan nilai yang besar. Tahukah anda kekayaan sebenarnya datang daripada pemikiran manusia. Hanya dengan satu idea sahaja orang dapat menjadi jutawan walaupun idea itu belum lagi direalisasikan dalam bentuk benda.Cuba lihat bagaiman Bill Gates menjadi billionaire hanya dengan idea beliau mencipta sistem pemprosesan yang digunakan oleh semua komputer peribadi.

“HATI-HATI DENGAN FIKIRAN ANDA KERANA IA MENJADI KATA-KATA, HATI-HATI DENGAN KATA-KATA KERANA IA BERUBAH MENJADI PERBUATAN, HATI-HATI DENGAN PERBUATAN KERANA IA MENJADI KEBIASAAN, HATI-HATI DENGAN KEBIASAAN KERANA IA MENJADI KARAKTER ANDA, HATI-HATI DENGAN KARAKTER KERANA IA MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA” –Alexander K. Taslim


UNTUK KAYA, PEMIKIRAN ANDA PERLU ‘KAYA’ DULU!!!!!!!!!

HENDAK GAGAL ATAUPUN BERJAYA ?



Mulai HARI INI, sentiasa INGAT, dalam hidup ini TIDAK ADA PILIHAN yang membolehkan kita kekal pada satu-satu tahap. JANGAN sesekali mengatakan, “Saya sudah stabil…” Sebaik sahaja mengatakan begitu, kita sedang menurun menuju kegagalan. Di sisi kita ada 2 jalan iaitu jalan menuju KEJAYAAN dan jalan menuju KEGAGALAN. PILIHAN DI TANGAN KITA!!


Jika sekarang kita berada di jalan kejayaan, INGAT, di samping jalan kejayaan itu ada jalan kegagalan – sama ada kita terus berada di jalan kejayaan ataupun akan terbabas ke jalan kegagalan. Sekiranya sekarang kita berada di jalan kegagalan, di sisinya ada lagi jalan kegagalan dan jalan kejayaan. Sama ada kita terbabas ke jalan kegagalan yang lebih gagal ataupun kita melonjak ke jalan kejayaan. Sama ada NAIK ataupun TURUN. Sama ada BERJAYA ataupun meluncur GAGAL.


KITA TIDAK BOLEH MENGUBAH MASA LALU, TETAPI KITA BOLEH MEMBENTUK MASA DEPAN KITA!!

KAYA LEBIH INDAH DARIPADA MISKIN



Hadis riwayat IMAM AL-HAKIM :- bahawa kekayaan adalah sesuatu yang di tuntut, tapi haruslah dengan kembaran 'DUNIA KEKAYAAN DUNIA KETAKWAAN' sebagai mana sabda Nabi yang diriwayat IBNU MAJJAH - tidak ada mudarat dalam harta bagi mereka yang bertakwa......

Membina kekayaan di atas kekayaan org lain adalah satu falsafah membina kekayaan yang mulia.... JANGAN SESEKALI KITA JADI ORANG YANG SUSAH(MISKIN) JUSTERU MENYUSAHKAN ORG....JADILAH ORG SENANG(KAYA),JUSTERU MENYENANGKAN ORG LAIN....

TANGAN ATAS YANG MEMBERI LEBIH MULIA DRPD TANGAN DI BAWAH YANG MENERIMA.... gunakan kekayaan yang diperolehi untuk memakmurkan bumi tuhan ini, tapi tidak mungkin kita dapat lakukan jika kita warisi kemiskinan keluarga. Binalah kekayaan sekarang....

Sesungguhnya kekayaan sangat INDAH !!!!




SAYA HANYA NAK SHARE SAHAJA







Monday, September 28, 2009

SANTAI-SANTAI


PERJALANAN MENUJU SYAWAL

Sedikit coretan dari aku untuk pulang menyambut Syawal di Teratak Bonda... coretan ini hanyalah untuk berkongsi kisah suka,duka,tangis,ketawa aku dalam mengharungi perjalanan ini...berharap dengan tulisan ini dapat mengimbau kembali kenangan suka-duka untuk berhari raya bersama keluarga tercinta...terkilan sedikit kerana tidak dapat disertakan gambar-gambar perjalanan aku ini...perjalanan bermula...


16hb September 2009


Hari yang hampir membosankan...kawan-kawan dah balik,ada yang pergi memancing,ada yang dah tido...hanya tinggal aku keseorangan terkuntang-kanting mencari sinar harapan...mujurlah Akhbar meminjamkan aku broadbandnya untuk malam itu...sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kebosanan aku...malam itu aku bersahur bersama Zul, roomet aku yang setia di bilik...Zul balik Sabah hari sabtu jam 1 tengah hari...kasihan dia...selalunya aku barsahur bersama-sama Hafizi,azrul dan Danial...3 orang adik dan sahabat baru aku dalam PSSCM UiTM...terasa begitu lama untuk menunggu hari esok...malam itu kami tidur hampir pukul 5 pagi...sebenarnya aku tertidur bukan nak tidur pun...biasalah aku kalau dah online memang tak ingat dunia...


17hb September 2009


Awal bangun hari nie...dalam pukul 8 pagi...online jap...YM dengan abang ajib...katanya kereta dah jumpa di Skudai...kesian dengan abang aku seorang nie...Zul masih tidur lagi..tak sabar nak balik kampung...rasa lama sangat nak tunggu malam nie...bukan saja-saja nak bangun awal...ada tujuan sebenarnya yang perlu diselesaikan...nak pergi ke AGROBANK ambil buku bank persatuan ( PSSCM UiTM ) nak kena beri pada Izah...mata pun masih mengantok lagi nie...apa tak nyer tadi pukul 5 pagi baru tertidur...mengonlinekan diri...bosan...kawan-kawan semua dah balik rumah...rindu-rinduan...jam 8.30 pagi jalan kaki sorang-sorang pergi bank...bosannya jalan sorang-sorang nie...ramai yang on the way balik kampung masing-masing...ada yang ke utara,ada yang ke selatan, ada yang ke pantai timur...senang cerita semua destiansi satu Malaysia...tapi ada juga yang masih ada kelas...kasihannya...fuhhh,lama jugak tunggu kat bank nie...hampir satu jam baru siap proses...tukar nama kami sebagai AJK baru dalam persatuan...dalam pukul 10.30 pagi baru dapat beri buku bank pada Izah...Izah pun dah nak balik Kedah...aku masih berjalan keseorangan menuju ke kolej Cempaka Sari (Dahlia 1)...fuhhh...penatnya jalan...mereka dah balik dari memancing...Alip Besar dah bersiap nak balik ke Shah Alam...Akhbar yang hantar ke Medan Gopeng...Akhbar biasalah dengan bisnessnya menghantar pelajar ke Medan Gopeng...cari duit lebih katanya...dalam pukul 12.00 tengah hari baru mereka gerak ke Medan Gopeng...aku keseorangan...mujurlah ada Akhbar yang sanggup hantar aku pulang ke kolej ku menaiki keretanya...kalau tidak aku harus menapak lagi...tq Akhbar...perkara pertama apabil sampai di bilik adalah kemas baju...semangat nak balik nie...sekejap je kemas dah siap...lepak bilik KJ...borak-borak...dia orang ada kelas lagi petang ni...kesiannya...kelas puan Rohaya ( EA )...hahahaaaa...pukul 2 petang dah bersiap-siap nak gerak ke Medan Gopeng bersama-sama Pa’an (part 5) dan Ira (part 1)...mereka pun nak pulang ke Batu Pahat...dalam terik mentari kami menyusun langkah dengan membawa bungkusan masing-masing keluar dari UiTM menuju ke destinasi pertama kami iaitu pondok bas di luar UiTM...panas sungguh hari ini...mungkin ini satu nikmat bagi kami...Syukur pada Allah kerana kami tidak menungu lama kerana bas sudah tersedia menunggu kami dan pelajar-pelajar yang lain untuk dibawa ke Ipoh...bas yang kami naik bernama bas General (warna hijau)...kesabaran aku teruji lagi...panasnya dalam bas walaupun bas air-cond...sabar,sabar...mungkin ini dugaan dari-Nya buat hamba-Nya yang lemah ini...boleh terlelap mata aku...mungkin kepenatan dan tidur yang tidak cukup...sedar-sedar dah sampai Medan Kid (betul ke ejaan ‘kid’ seperti ini)...boleh jumpa Fida (ahli PSSCM UiTM) pula di sini...kami tidak menunggu lama di sini...terus menaiki bas ke Medan Gopeng...pukul 4 petang kami bertiga sampai ke perhentian bas ekspres Medan Gopeng...rasanya kami terlalu awal sampai ke sini...bas kami pukul 8.30 malam (Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd, destinasi IPOH-JOHOR BAHRU, 17/09/2009,08.30 PM, tempat duduk : 6, RM48.50)...



(Ini tiket raya saya)



tak mengapa...yang penting kami dah selamat sampai ke sini...kami mencari tempat yang sesuai di dalam perhentian untuk melepakkan badan yang kepenatan ini semantara menunggu waktu berbuka puasa tiba...kami hampir kebosanan kerana akan menunggu selama 4 jam di sini...apa-apa pun kami gagahkan juga diri ini...dalam kepenatan ini sambil saya menyelak-yelak helaian buku berwarna merah ini dan sambil melihat telatah dan kerenah orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing, saya masih teringat dan terkenangkan semua kawan-kawan saya yang berada di seluruh Malaysia ini...alangkah seronoknya jikalau saya dapat berkumpul bersama-sama mereka semua dalam satu majlis...sambil fikiran telah melayang ke kampung halaman teringatkan keluarga tersayang...dalam sedap melayan fikiran, aku rupa-rupanya terlelap lagi buat kali ke-3...hampir sejam juga aku tertidur di atas kerusi keras kuning muda ini...sakit badan aku jangan ditanya...sabar sajalah...jam menunjukkan pukul 6.15 petang...seperti aku mengenali mamat 2 orang ni...Zariff (Kota Tinggi) dan Emy (Felda Adila,Kota Tinggi)...mereka pun menaiki bas yang sama dengan aku...syukur pada Tuhan...petang yang nyaman kerana hari hujan...kami berlima akan berbuka bersama di restoran mamak (lupa pula nama restoran)...aku pergi ke bazar Ramadhan untuk beli minuman...2 bungkus rm1.00 (air jambu batu dan air kelapa laut)...makanan : nasi beryani lauk sotong (RM6.00)...jam menunjukkan pukul 7.19 malam...sekarang masuklah waktu berbuka puasa bagi kawasan ini...selamat berbuka kawan-kawan...pehhh,,sedapnya....Alhamdulillah,ada rezeki aku untuk berbuka hari ini...waktu semakin hampir untuk kami menaiki bas...8.15 malam kami menuju ke bas kami (JHK ????-tak ingat nombor bas)...sedih juga nak tinggalkan Medan Gopeng ni : )...aku jumpa Fara (EM) dan Azie (OM)...sama bas dengan kami...tepat jam 8.30 malam bas yang kami naiki bergerak meninggalkan perhentiaan ini menuju ke destinasi kami iaitu ke selatan tanah air- Negeri Johor...selamat tinggal Medan Gopeng,Ipoh,UiTM...kami mahu pulang berhari raya...Ya Allah,selamatkanlah perjalanan kami untuk pulang ke pangkuaan keluarga tercinta...untuk kali ke-4 aku terlelap...mungkin aku kepenatan,kurang tidur dan menunggu lama di hentiaan bas tadi...masa berlalu begitu pantas...sedar-sedar kuda yang aku naiki telah berada di sekitar Kuala Lumpur pada jam 11.00 malam...dan terus menuju ke Seremban...aku sudah tidak rasa mengantuk lagi...mungkin sudah hampir dengan rumah...dan akan berpisah buat sementara waktu dengan kawan-kawan...dalam waktu 11.45 malam, bas berhenti seketika di R&R di sekitar Seremban untuk mnegisi perut yang hampir kosong (bas isi minyak) dan penumpang membuang apa yang patut...dan meneruskan perjalanan menuju ke Negeri Melaka dan terus ke Negeri Johor...


18hb September 2009


Perjalanan masih diteruskan lagi...jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi...bas yang kami naiki memasuki plaza tol Yong Peng untuk berehat seketika di R&R Yong Peng...akan menganbil masa selama 30 minit untuk hentiaan pitt ini...perut yang semakin lapar, diminta untuk diisi...aku merayau-rayau di sekitar kawasan ini untuk mencari sesuap nasi...semua kedai cina...tapi ada juga orang melayu yang jaga beberapa kedai yang pasti pemiliknya adalah keturunan cina...jawapannya aku akan menahan perut sehingga sampai di rumah...sabar sahajalah...sambil menghirup udara luar dan melihat ikan-ikan berenang, aku perhatikan bas silih berganti,keluar dan masuk...tidak sunyi dengan suara-suara manusia yang entah dari mana datangnya...mungkin semua mahu pulang beraya...atau ada yang hendak pergi bercuti...entahlah...tepat jam 2.30 pagi bas yang kami naiki bergerak meninggalkan R&R ini menuju ke destinasi seterusnya iaitu perhentiaan bas Larkin...tapi aku,Pa’an dan Ira akan turun di plaza tol Air Hitam...perjalanan dari Yong Peng menuju ke plaza tol Air Hitam nengambil masa dalam 30 minit...hampir jam 3 pagi kami sampai di jalam susur keluar lebuhraya...bas yang kami naiki tidak boleh masuk ke dalam...entahlah kenapa...jawapannya kami perlu menapak menuju ke plaza tol tersebut...lebih kurang 500 meter...selamat tinggal Zariff,Emy,Fara,Azie dan semua penumpang-penumpang bas ini...tidak lupa juga pada pakcik pemandu bas...kami jalan dulu...kami menggangkat bungkusan masing-masing melangkaah menuju ke plaza tol tersebut...mungkin ini antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam hidup kami...pahit,manis,suka,duka,getir dan gembira...kami tidak jalam bertiga, ada 3 orang lagi bersama-sama kami...dari Kuala Lumpur katanya...mungkin pelajar seperti kami juga...hampir 30 minit kami menunggu di situ menunggu pemandu Pa’an yang kan datang menjemput aku dan Pa’an...manakala Ira akan diambil oleh teman lelakinya...aku dihantar pulang terus ke rumah...parancangan asalnya nak bermalam di rumah Pa’an sahaja atau tinggalkan aku di hentiaan bas Batu Pahat...tetapi ibu Pa’an menyuruh terus hantar ke rumah...sungguh baik hati dan terima kasih kepada kalian semua yang bersusah payah menghantar insan ini sehingga ke halaman rumah...4.15 pagi aku sampai ke Teratak Bonda yang indah ini...tapi tidak terus pulang ke rumah...kerana aku beranggapan keluarga aku masih sedap di ulit mimpi indah...aku melepakkan badan di rumah mak ngah...kebetulan Ijal (sepupu) belum tidur lagi...sedang membaiki lampu pelita yang tidak berfungsi dengan baik...aku terus bersahur di rumah mak ngah...jam menunjukkan pukul 5 pagi...aku pulang ke rumah untuk sekali lagi bersahur bersama keluarga aku...akhirnya terubat rindu aku kepada mak dan ayah serta adik-adik...dodol dah siap dikacau...hanya ketupat yang belum dianyam lagi...pagi nanti aku anyamkan...mata sudah semakin berat...diminta untuk beradu...selamat malam,selamat berpuasa,selamat segala-galanya...aku rindukan saat-saat begini...aku rindukan kalian semua...kalian sentiasa ada dalam hati dan fikiran aku...SALAM SYAWAL DAN AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KU KHAS BUAT TEMAN-TEMAN PERJUANGAN DAN SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI...( MSI 8055 –BOSS )


(Ini Teratak Bonda saya)

PERKONGSIAN


BERHENTI MEMBUAT ALASAN


PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA...DATANG TIDAK MENENTU MASA....DATANG DI SAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN. NILAILAH PELUANG ITU DENGAN CARA BIJAKSANA. REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENAGN TIBA-TIBA. JANGAN KITA JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG ITU...

"KITA MEMPUNYAI BANYAK MASA UNTUK BERFIKIR
DAN BERTINDAK TETAPI BERFIKIR TANPA TINDAKAN

MEMBUATKAN MASA KITA TERBUANG..."



"SELALUNYA KEADAAN MEMBUATKAN KITA MEMILIH,
SEBALIKNYA KESUSAHAN ADALAH KEADAAN
YANG KITA PILIH..."




Mereka yang gagal adalah mereka yang
hanya pandai memberi alasan.
Manakala mereka yang berjaya adalah
mereka yang pandai mencari penyelesaian.
Jadi pilihlah samaada anda ingin menjadi
orang yang pandai memberi alasan, atau
kuat berusaha mencari penyelesaian.


Ingat !
Kita pasti tidak akan berjaya jika sering
memberikan pelbagai alasan.



Habis ?
Mengapa masih perlu dan mahu cakap
itu dan ini? Mengapa masih beri pelbagai
alasan demi alasan?


Jika hadapi masalah, tak usahlah sibuk
memberi sebab dan alasan. Tetapi fokus
dan teruskanlah mencari penyelesaian.
Itulah tanda orang berjaya.



Tahukah anda, ada 3 sebab utama
mengapa kita mundur dan tidak berjaya.


FIKIR NEGATIF

BANYAK ALASAN

PEMALAS


Dahla kita fikir negatif, bagi pula macam2 alasan.
Lepas tu MALAS pulak.Kalau macam tu lah kita,
maka habis cerita laaa, camne nak maju???!!!
Semoga saya dan tuan2 semua dapat kikis 3 sifat/
tabiat buruk yang disebutkan tadi. Amin.


Sharing is CARING..



Wednesday, September 23, 2009

MENCARI PERUBAHAN


"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"

- Abang Abu


"Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini

-Irfan Khairi


"Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan

- Dato' Hussamuddin



"Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat"

-Dato' Dr Azman Ching



BENTENG DI MINDA !!!


SEBELUM 6 Mei 1954, tiada pelari yg mampu berlari sejauh 1 batu dalam masa KURANG 4 minit. Kerana ramai manusia yg lahir pada zaman tersebut berfikiran perkara itu adalah sesuatu yg MUSTAHIL untuk dilakukan.

Kemudian pada 6 MEI 1954, ROGER BANISTER telah berjaya memecahkan fikiran mustahil tersebut dan berjaya berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!!! Beliau adalah seorang yang beranggapan tiada yang mustahil dalam dunia ini kerana bagi beliau setiap permulaan dalam dunia adalah dimulai dgn LANGKAH PERTAMA. Segala-galanya boleh menjadi kenyataan sekiranya dimulakan dengan langkah pertama yang menyakinkan bermula dari minda lagi.

Selepas itu, pada tahun yg sama juga, beberapa pelari lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit. Kemudian, tahun-tahun seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari yang berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!!!


Apa yang telah terjadi???


Kisah ROGER BANNISTER ini sering diperkatakan dalam ceramah atau buku-buku motivasi di Barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu dilalui dalam kehidupan harian ialah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil dalam minda seseorang, maka ia sememangnya dari awal lagi telah menjadi mustahil. Sebaliknya, sekirannya ia boleh dilakukan bermula dari minda bermakna tiada lagi yang mustahil untuk dilakukan. Langkah pertama yang anda perlukan lakukan adalah pecahkan benteng musthail dalam minda anda!!!


Sharing is caring, caring is loving...


GO GO GO UNSTOPPABLE!!!


Bukan semua orang boleh join UNSTOPPABLE GROUP


Bukan semua orang boleh join UNSTOPPABLE GROUP...

KENAPA???

UNSTOPPABLE untuk orang yang betul-betul POSITIF!!!Hanya mereka yang betul-betul NAK sahaja akan dibantu..

UNSTOPPABLE bukan untuk orang yang NEGATIF!!! atau orang yang banyak ALASAN!!

PERCAYA ATAU TIDAK??? Dalam GROuP UNSTOPPABLE tak ada yang GAGAL!!!

cuma yang gagal untuk teruskan sahaja yang ada.

Nak belajar boleh dibantu... Ramai yang telah keluar dari masalah HUTANG dan dapat ubah HIDUP!!

ANDA BILA LAGI??

TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG TELAH JOIN UNSTOPPABLE Sesiapa yang berminat dan punya alasan kukuh untuk join UNSTOPPABLE boleh bertindak sekarang...


Tuesday, September 22, 2009

PERCAYA PADA DIRI



Bila kita susah selalu kita pikir

"bila lah nak senang...?"

Bila kita miskin selalu kita pikir

" kalau lah aku boleh jadi KAYA.."

Bila kita sedih...selalu kita pikir..

" kenapa la nasib aku macam ni?"


tapi...kita tak pernah ke terpikir???

nak tak kita ubah diri kita...

nak tak kita jadi lebih baik dari semalam....

nak tak kita gunakan segala kelebihan yang dikurniakan....

jangan hanya memikirkan semalam yang tak kan berulang...

Jangan hanya memikirkan masa depan yang belum tentu hala tujuan...

tapi cuba kita fikirkan hari ini....

apa yang kita dah lakukan hari ini?

jadikan hari ini lebih baik dari semalam...





Wednesday, September 16, 2009

SALAM SYAWAL UNTUK TEMAN SEPERJUANGAN





Salam Aidil Fitri buat semua teman-teman samada yang jauh dan yg dekat

Semuga dihari yg mulia ini semua teman-teman menyambutnya dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang...

Terima kasih diatas kesudian semua mejadi teman buat diri ini...

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,

Dalam Kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,

Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa...

Oleh itu hanya ampun dan maaf yang dapat ku pinta....

SALAM AIDIL FITRI -

Ikhlas dari ~ MUHAMMAD SHUKRI BIN IDRIS ( MSI)