Tuesday, September 29, 2009

HENDAK GAGAL ATAUPUN BERJAYA ?



Mulai HARI INI, sentiasa INGAT, dalam hidup ini TIDAK ADA PILIHAN yang membolehkan kita kekal pada satu-satu tahap. JANGAN sesekali mengatakan, “Saya sudah stabil…” Sebaik sahaja mengatakan begitu, kita sedang menurun menuju kegagalan. Di sisi kita ada 2 jalan iaitu jalan menuju KEJAYAAN dan jalan menuju KEGAGALAN. PILIHAN DI TANGAN KITA!!


Jika sekarang kita berada di jalan kejayaan, INGAT, di samping jalan kejayaan itu ada jalan kegagalan – sama ada kita terus berada di jalan kejayaan ataupun akan terbabas ke jalan kegagalan. Sekiranya sekarang kita berada di jalan kegagalan, di sisinya ada lagi jalan kegagalan dan jalan kejayaan. Sama ada kita terbabas ke jalan kegagalan yang lebih gagal ataupun kita melonjak ke jalan kejayaan. Sama ada NAIK ataupun TURUN. Sama ada BERJAYA ataupun meluncur GAGAL.


KITA TIDAK BOLEH MENGUBAH MASA LALU, TETAPI KITA BOLEH MEMBENTUK MASA DEPAN KITA!!

No comments:

Post a Comment