Tuesday, September 29, 2009

SEMUANYA DARIPADA FIKIRAN



“Fikiran adalah suatu benda”

Tahukah anda semua benda ataupun tindakan datang daripada minda anda? Bagaimana anda menggunakan minda bagi menentukan apa yg anda lalui. Apabila anda perhatikan segala benda yang dicipta ataupun dihasilkan, ia lahir daripada idea yang dikeluarkan oleh minda manusia. Oleh itu, sebelum sesuatu perkara ataupun benda terhasil, ia perlu melalui proses pemikiran dalam minda.Apabila anda ingin melahirkan benda yang nyata di dunia ini, anda perlu melihat kewujudan benda itu di dalam dunia minda anda. DUNIA MINDA ANDA MENGHASILKAN DUNIA LUAR ANDA!!

Oleh itu, apa yang berlaku ke atas diri anda bukanlah semata-mata nasib diri anda. Adakah anda perlu menyalahkan takdir atas kemiskinan, kesusahan ataupun pelbagai lagi masalah yang anda alami?

Bayangkan seorang pemuda ditangkap kerana menagih dadah pada hari ini.Minta pemuda itu fikirkan kembali lima atau 10 tahun yang lepas apakah yang pemuda itu lakukan sehingga beliau terjebak dalam pengaruh dadah. Apakah pemikiran yang ada semasa pemuda itu mula terjebak dengan dadah? Ramai penagih dadah menyatakan mereka hanya sekadar ingin mencuba, ataupun sekadar ingin tahu.Mentaliti sekadar mencuba menjebakkan pemuda itu sehingga terpaksa diberi pemulihan. Beliau merugikan masanya selama bertahun-tahun akibat mentaliti semasa beliau berusia belasan tahun.


Andaikan lagi anda menghidap penyakit diabetes. Fikirkan lima tahun lalu apa yang anda makan setiap hari. Andai anda mengambil sikap menjaga pemakanan adakah anda menghidap diabetes pada hari ini?

SETIAP PILIHAN ATAUPUN TINDAKAN YANG ANDA AMBIL HARI INI MEMBERI KESAN PADA DIRI ANDA PADA HARI ESOK.

Hari ini kita sedang melalui zaman di mana maklumat dan juga idea sahaja dijual beli dengan nilai yang besar. Tahukah anda kekayaan sebenarnya datang daripada pemikiran manusia. Hanya dengan satu idea sahaja orang dapat menjadi jutawan walaupun idea itu belum lagi direalisasikan dalam bentuk benda.Cuba lihat bagaiman Bill Gates menjadi billionaire hanya dengan idea beliau mencipta sistem pemprosesan yang digunakan oleh semua komputer peribadi.

“HATI-HATI DENGAN FIKIRAN ANDA KERANA IA MENJADI KATA-KATA, HATI-HATI DENGAN KATA-KATA KERANA IA BERUBAH MENJADI PERBUATAN, HATI-HATI DENGAN PERBUATAN KERANA IA MENJADI KEBIASAAN, HATI-HATI DENGAN KEBIASAAN KERANA IA MENJADI KARAKTER ANDA, HATI-HATI DENGAN KARAKTER KERANA IA MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA” –Alexander K. Taslim


UNTUK KAYA, PEMIKIRAN ANDA PERLU ‘KAYA’ DULU!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment