Monday, November 30, 2009

Saturday, November 28, 2009

Monday, November 23, 2009

Sunday, November 22, 2009


MLM 6

Semalam, kami sempat mengadakan satu perjumpaan dengan para leaders di bawah pimpinan kami. (Bukan senang hendak kumpulkan leaders ini, maklumlah asyik sponsor & memberi service kepada downlines). Alhamdulillah, banyak perkara yang telah dibangkitkan dan mencapai kata sepakat. Bukan pasal perjumpaan itu yang saya ingin terangkan, tetapi mengenai satu sikap yang diperlukan untuk menjadikan seorang itu usahawan MLM yang berjaya. KEBERANIAN!

Bila waktu kegawatan ekonomi? Ekonomi semakin lembab, pengguna tidak lagi membelanjakan wang mereka, jual beli tidak berlangsung dengan begitu mudah, syarikat buang pekerja, elaun overtime tiada, dan macam-macam lagi boleh kita kaitkan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Jadi sekarang kepada anda yang ingin menjadi usahawan (saya menasihatkan diri saya sendiri juga), agar membuat persiapan yang mantap untuk bertarung dengan tempoh ini. Bersiap bagaikan anda ingin berperang. Sebenarnya di sat dan ketika ini anda sedang bertarung di 2 kawasan. Anda bertarung di MEDAN PEPERANGAN (perkara yang anda hadapi setiap hari) dan anda bertarung di dalam MINDA anda. Saya pasti, ramai di antara anda tahu, apabila anda menang bertarung di MINDA, tidak kira betapa susahnya MEDAN PEPERANGAN itu, ANDA PASTI BERJAYA!

KEBERANIAN memerlukan ketakutan, rintangan dan kesusahan. Di waktu ini, sepatutnya kita menerima masalah dan rintangan dengan hati yang terbuka. Bukan lari daripadanya. Tough times don’t last, but only tough people do. Kegawatan ekonomi bukan selamanya, tetapi orang yang tabah akan bertapak selamanya.

Menyalahkan pihak lain, rungutan dan alasan adalah sikap PENGECUT! TIADA KEBERANIAN! Kita perlu menerima keadaan semasa ini bagaikan seorang panglima perang yang menerima arahan daripada jeneral untuk bertarung di medan perang. Tidak disangkal lagi, ramai pengedar MLM (tidak kira MLM apa yang mereka buat) akan berhenti menjalankan segala aktiviti jualan dan tajaan yang patut mereka tingkatkan. Anda hendak tahu sebab apa? Sebabnya di dalam keadaan kegawatan ini, mereka asyik menerima jawapan negatif sahaja. TIDAK! TIDAK! Mereka tidak dapat menghadapinya. Mereka melarikan diri. Menyorok dan menjadi pasif.

Jadi secara realitinya, ramai pengedar MLM yang mempunyai aktiviti jualan dan tajaan yang bagus ketika ekonomi baik dan terus terkejut apabila mendapat jawapan negatif dari prospek, seterusnya berhenti mencuba. BERANI dan hadapi penolakan, serangan, tekanan dengan hati terbuka. Sekarang anda sedang belajar, SEPAK TERAJANG PERNIAGAAN!


MLM 5

Assalamulaikum!

Hari ini (Sabtu) saya duduk di rumah dan Najib ke seminar IK. Janggal pula rasanya sebab dah lama sangat saya tak berada di rumah sendiri pada hujung minggu. Saya tak joint Najib sebab sekarang kami kena buat leveraging (bukan Nate Ford aje buat ‘leveraging’ kan dalam siri LEVERAGE kat AXN).

Ada untungnya juga duduk di rumah harini ni sebab saya dapat buat sale sebanyak RM1380 walaupun duduk di rumah sahaja! Rezeki le tu, alhamdulillah. Pagi tadi ada kawan tanya saya ada beberapa jenis perniagaan yang tengah ‘ngetop’ di surat khabar kerana pengedarnya dapat buat sale RM100,000 dalam masa 3 bulan, 6 bulan dan macam-macam lagi. So, berebut-rebut la orang nak sertai bisnes tu. OK, cantikle tu sebab ada kaitan dengan RM1380 sale yang saya buat harini. Saya cerita pada kawan saya ni, perasan tak, dalam surat khabar atau televisyen selalunya mereka paparkan;

HASIL JUALAN ABDULLAH=RM100,000 dalam masa 6 bulan!

So, kita pun sibuk congak berapa le Abdullah ni dapat untung sebulan? Betul tak? So, bila kita congak, Abdullah ni dapat RM 16,666 sebulan! Fuh boleh jadi jutawan ni! J Membara le jiwa nak sertai bisnes macam Abdullah! Tetapi jangan tersilap, kadangkala kita sebagai penonton/ pembaca tak faham sebenarnya itu adalah HASIL JUALAN (harga produk sebelum ditolak modal membeli produk tu dari syarikat pengeluar) bukan HASIL PENDAPATAN/BONUS/KEUNTUNGAN!

Dalam bisnes MLM atau apa-apa bisnes pun, PENDAPATAN kita ialah beberapa peratus daripada HASIL JUALAN tu. So, jika syarikat pengeluar tetapkan bonus/pendapatan/keuntungan ialah 5% maka pendapatan Abdullah yang sebenar ialah 5% x RM100,000 = RM5000. Jika dibahagi kepada 6 bulan, secara purata Abdullah peroleh RM833 sebulan.

Amacam, jauh beza tak RM16,000 sebulan dengan RM833 sebulan? So, jikalau anda nak sertai mana-mana perniagaan jangan terkeliru dengan propaganda HASIL JUALAN. Tanyalah kepada syarikat tentang HASIL PENDAPATAN bagi mengetahui potensi keuntungan kita apabila sertai sesebuah syarikat. HASIL JUALAN digunakan hanya untuk menentukan pangkat atau kelayakan bonus yang kita terima, ia tiada kaitan dengan keuntungan jualan runcit kita. So, don’t be fooled dengan ayat HASIL JUALAN.

Kedua, ya, ada juga iklan yang nyatakan ayat ‘HASIL PENDAPATAN’. Jadi, kita sebagai peniaga yang bijak WAJIB tanya kepada syarikat/ pengedar tersebut: itu HASIL PENDAPATAN untuk berapa bulan? Kadang-kadang itu HASIL PENDAPATAN untuk 1 tahun etc, sebab tu nampak banyak. Mana aci kan. Sesiapa pun boleh buat iklan, “Hasil pendapatan RM12,000!” Padahal itu pendapatan untuk 1 tahun. Bukan pendapatan setiap bulan. To be precise kan, lihat mana-mana iklan yang paparkan secara jelas seperti:

HASIL PENDAPATAN/BONUS ABDULLAH: RM30,000 SEBULAN! (ha, ini baharulah jelas & tiada maklumat tersembunyi!).

Sekian, buatlah pilihan yang bijaksana jikalau mahu jadi jutawan. Wassalam!

p/s: berkenaan HASIL JUALAN saya bernilai RM1380 tadi, HASIL PENDAPATAN ialah 40% daripada hasil jualan tadi so saya dapat le RM552 (keuntungan runcit) harini. So, ada bezanya kan antara ‘hasil jualan’ dengan ‘hasil pendapatan/keuntungan’? Jadi, jangan terpedaya dengan propaganda HASIL JUALAN/SALE ok!


MLM 4

Semua perniagaan tidak kira kovensional atau MLM adalah untuk mendpat keuntungan. Para penjual mahupun pengedar, sebelum keluar rumah lagi, telah setkan dalam minda mereka bahawa mereka mempunyai tujuan, matlamat jualan dan juga bertenang apabila menghadapi penolakan sebelum membuat closing. Hari ini saya hendak kongsikan dengan anda semua mengenai mindset sesetengah pengedar MLM. Mindset yang membuatkan ramai pelanggan dan prospek jelik apabila anda mendengarnya.

Produk kami ialah produk terbaik di dunia!
Syarikat kami lebih baik daripada pesaing kami!
Produk kami boleh mengubati semua penyakit!
dan bermacam-macam lagi….

Adakah anda dapat kenalpasti persamaan ayat-ayat tersebut? Persamaannya adalah KAMI! KAMI! dan KAMI! Memang tidak salah untuk mengatakan semuanya terbaik datang dari pihak anda. Penjual atau pengedar dari syarikat lain pun mengatakan yang serupa. Kalau seseorang itu berjumpa dengan penjual sebanyak 10 orang sehari, maknanya perkataan yang kerap mereka dengar pada hari itu ialah KAMI. Tiada seorang pun yang akan mengatakan produk mereka tidak baik, syarikat mereka kecil, pelan pemasaran mereka kuno dan macam-macam lagi. Ini taktik masa 90an, masa saya kecil lagi, masa mak abah saya diapproch oleh jurujual. Jika anda masih lagi melakukan taktik dan mempunyai mindset seperti ini lagi, nampaknya anda jauh tertinggal kebelakang.

Semua orang bercerita kebaikan produk, syarikat dan pelan pemasaran masing-masing. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk keluar dari kelompok tersebut? Serlahkan kelainan anda. Sudah tiba masanya anda tinggalkan ego anda dengan mengatakan kami terbaik dan bla..bla..bla.. zaman sekarang; pelanggan dan prospek adalah yang terbaik. Sejauh mana kita fokus terhadap pembeli? pelanggan? prospek? dalam bisnes kita..

Bak kata Nabil; LU FIKIRLAH SENDIRI!


MLM 3

Dalam artikel tips MLM kali, saya akan kupas satu perkara yang saya rasa betul-betul penting di dalam perniagaan MLM. Ramai yang gagal atau putus asa disebabkan perkara ini. BINA PERNIAGAAN MLM YANG MEMPUNYAI JUALAN BERULANG!

Tiada jualan ulangan, maka anda tidak menjalankan perniagaan ini sepenuhnya. Apabila anda menaja, anda cuma mendapat bonus tajaan sekali, tetapi menghasilkan pengguna setia, akan dapat pendapatan yang tetap setiap bulan.

Perkara ini mudah, tetapi ramai yang terlepas pandang. Kebanyakkan orang yang saya lihat, apabila mereka menyertai sesuatu MLM, mereka terus berfikir: bagaimana untuk membesarkan rangkaian, berapa wang yang akan mereka perolehi nanti dan bagaimana untuk saya mencapai pangkat yang tinggi! Sedangkan perkara yang asas di dalam MLM mereka tidak kuatkan, bagaimana pula mereka untuk mencapai kejayaan secara berterusan.

Saya sering mengingatkan rakan kongsi saya, buat langkah demi langkah. Jangan terus naik pangkat dan terus dapat duit yang banyak! dan selang beberapa bulan, terus tiada pendapatan!

Bagi saya, di dalam MLM, bukannya kereta yang anda pandu sekarang jadi ukuran. Bukannya bonus anda, Bukannya pangkat anda. Tetapi berapa orang pemimpin yang dapat anda lahirkan di dalam organisasi anda. Berapa orang yang anda telah buat perubahan di dalam kedudukan ekonomi mereka.

3 cara yang boleh anda aplikasikan:

  1. Bina ‘askar’ sebagai pengguna
  2. kemudian, lahirkan satu batalion pengedar daripada askar tersebut
  3. kemudian, lahirkan satu pemimpin dalam satu batalion tersebut

MLM 2

Assalamualaikum,

motivated
DON’T WASTE YOUR TIME OR MINE IF YOU DON’T DARE TO GIVE COMMITMENT IN MLM

Seringkali kita mendengar ayat ini:

Saya dah join 5 jenis MLM, tapi tak ada satu pun yang berjaya, buat penuh sales kit aje dalam stor saya, MLM ni tak boleh buat saya kaya!

Oh, dahulu hati saya terguris mendengar ayat ini. Tetapi sekarang tidak lagi kerana saya dah dengar ayat ni dari ribuan orang Melayu. Beginilah dahsyatnya persepsi mereka tentang MLM di Malaysia.

Balasan untuk ayat tadi ialah – Ada banyak faktor menyebabkan anda belum berjumpa MLM yang boleh buat anda berjaya/ kaya ANTARANYA:

1) Kelima-lima MLM tu tak genuine dari segi produk (boleh buat repeat sale tak produk tu? Adakah produk tu berguna ALL TIMES for EVERYBODY?), pelan pemasaran (ada royalti dan bonus organisasi tak MLM tu? Jika ya, that MLM can make you RICH friend!) dan adakah syarikat itu benar-benar kukuh dari segi kewangan dan sistem? So, lepas ni kalau nak join mana-mana MLM, study dahulu perkara-perkara penting ini. Jangan lihat bakal upline naik Mercedes, awak terus sign jadi ahli J.

2) Kalau lah PRODUK, PELAN PEMASARAN, SYARIKAT dan SISTEM syarikat MLM tu dah cantik, dah molek, dah terbukti bagus, TETAPI anda masih lagi tak berjaya, tak kaya-kaya maksudnya siapa yang salah? Yang salah ialah ’MYSELF’. Ingat, nak jadi businessman yang pro, jangan sekali-kali menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Ia akan menampakkan lagi kebodohan kita dalam menjalankan perniagaan.

3) Kalau ada yang mengeluh dah join berpuluh MLM tetapi masih tak berjaya, cuba tanya mereka semula, dah berapa lama anda bertahan dalam satu-satu jenis MLM tu? Yes, as what has been expected, mereka hanya sertai MLM yang kononnya buat mereka gagal tu tak sampai 1 TAHUN pun. Ya, baru 3 bulan, 6 bulan dah give up. Baru 9 bulan tak dapat jual produk, tak dapat cari networking, dah isytihar diri gagal dan mula mencari MLM lain. Mula memburukkan MLM yang kononnya buat mereka rugi dan gagal tu. Cuba fikirkan dalam masa yang singkat dalam sesuatu MLM, berapa banyak ilmu yang boleh anda pelajari? MLM adalah tempat untuk BELAJAR mengendalikan bisnes yang sebenar, tempat buat EKSPERIMEN tentang kemahiran dan bakat kita berniaga & akhirnya tempat MEMBINA KEKAYAAN. Semua ini perlukan masa bertahun-tahun kawan-kawan. Bukan 9-13 bulan. MLM bukan semudah yang disangka. Sebab itu, sesiapa yang serius dalam MLM, orang ini Insyaallah akan berjaya membina kekayaan tetapi tentunya mengambil masa yang agak lama. Jadi, kenalah sabar dan tabah.

Wassalam.


MLM 1

Menjadi pengedar MLM merupakan pengalaman paling berharga dan paling indah buat saya. Saya sentiasa menetapkan matlamat untuk menjana 1 juta pertama saya melalui perniagaan MLM ini (anda juga harus menetapkan matlamat anda dalam apa jua perniagaan sekali pun). Menjalankan perniagaan dalam MLM amat mudah asalkan kita menggunakan sistem yang betul dan diduplikasi oleh ahli dalam rangkaian kita. Antara perkara yang saya amalkan ialah:

Berhubung rapat dengan mentor anda

Sentiasa dekati kumpulan-kumpulan upline anda yang mampu menjadi mentor yang bagus tanpa rasa segan dan timba seberapa banyak ilmu daripada mereka. Tiru cara mereka bekerja, berucap dan berniaga. Anda telah melabur sebagai pengedar MLM, maka sememangnya menjadi kewajipan upline untuk membantu anda dalam bisnes ini. Jikalau terdapat masalah, berhubung terus dengan upline. Semakin lama anda berhubung dengan upline, mahu tak mahu keyakinan dan pencapaian anda dari segi pendapatan dalam bisnes ini akan semakin luar biasa bagus!

Bina kumpulan pengguna produk anda!

Kekalkan kesetiaaan pengguna dan cari pengguna baharu setiap hari. Siapakah kumpulan pengguna produk anda ? Mereka ialah kumpulan yang tidak mahu menjalankan bisnes. Jangan buat kesilapan yang seringkali dilakukan oleh kebanyakan pengedar: mula-mula anda jual kepada kumpulan ini, kemudian anda cuba naik taraf (upgrade) mereka menjadi pengedar. Hasilnya: anda akan menakutkan golongan pengguna ini menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada anda. Mengapa hal ini berlaku? Kerana mengikut kajian, dalam dunia ini, 90% populasi manusia ialah jenis ’tak mahu menjual’ tetapi mereka merupakan pembeli yang bagus. Manakala hanya 10% manusia benar-benar ’suka menjual’. Jadi, jangan jejaskan perhubungan anda dengan 90% populasi manusia yang suka membeli ini. Sebab itulah, dikatakan 9 daripada 10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan! Jangan buang masa memaksa kumpulan 90% ini berniaga sebaliknya mari kita cari 10% lagi yang amat ’suka menjual’ untuk menjadi pengedar aktif. Jadi, dari manakah datangnya kata-kata karut bahawa pasaran Malaysia sudah tepu dengan produk anda? Sudahkah anda kongsi kebaikan produk anda dengan 90% (23 juta) orang rakyat Malaysia?

Konsisten, konsisten dan konsisten!

Dalam mana-mana bisnes pun, kita perlu konsisten. Hatta menjual pisang goreng di tepi jalanpun perlu hari-hari buka gerai. Begitu juga dalam bisnes MLM (malahan mana-mana bisnes pun). Konsisten dalam berkongsi kebaikan produk, konsisten dalam menjalankan follow-up kepada para pengguna dan paling penting gunakan produk anda setiap hari! Tetapkan matlamat kepada diri sendiri bahawa anda memberi masa kepada diri sendiri selama 2,3 atau 4 tahun untuk menjadi jutawan MLM. Jangan jalankan bisnes ini untuk ’test market’ untuk sekadar ’balik modal’. Jalankan perniagaan ini kerana anda adalah businessman yang komited dan akan menjadi jutawan MLM! Kesemua perniagaan ada cabaran dan halangan. Jadi, hadapinya dengan profesional dan dapatkan bantuan mentor anda.

Sedia belajar

Inilah perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan pengamal MLM iaitu belajar. Masalahnya ialah apabila dalam hati mereka ini seringkali melaungkan satu slogan pemusanah motivasi iaitu ”I know that..!”. Mulai hari ini, tukar slogan ini kepada ”I want to know more…!” setiap kali BOP atau program-program dijalankan oleh leader anda. Contohnya kalau anda ingin naik pangkat dengan kenaikan gaji RM20 setahun sahaja pun (bekerja makan gaji) anda perlu hadiri kursus-kursus dan mengambil peperiksaan yang memecahkan kepala! Bagaimana pula kalau anda ingin menjadi seorang businessman yang bakal menjadi seorang jutawan? Haruslah dibayar dengan begitu banyak pengorbanan (keluar dari zon selesa) iaitu kesediaan mahu belajar dan jangan bermalas-malasan di rumah!

Beza menjual dan berkongsi

Ada antara kita malu berkongsi kebaikan produk kepada orang ramai di luar sana. Dalam hati selalu berkata ”Dengan siapa aku nak jual produk aku ini?”. Mulai hari ini tukar ayat ini kepada ”Dengan siapa aku nak tunjukkan peluang untuk sihat dan menjana pendapatan lebih ni?”. Inilah bezanya antara menjual dan berkongsi. Jika niat kita ingin menjual, kita akan kelihatan seperti salesman. Jikalau niat kita ingin berkongsi kebaikan, kita akan kelihatan seperti seorang businessman. Kedua-kedua situasi ini akan memberikan dua body language yang berbeza tanpa kita sedari! Dalam MLM, produk kita amat eksklusif maka cara kita berkongsi juga adalah secara profesional dan jujur. Jangan sekali-kali malu atau takut untuk memperkenalkan produk anda kepada orang di luar sana kerana sudah tentu produk anda amat berkualiti! Jadi, apa yang nak ditakutkan atau dimalukan menjadi pengedarMLM ?

Kesimpulannya, belajarlah dan selidiklah rahsia bagaimana leader-leader anda bertahan cukup lama dengan penuh cabaran dalam sesebuah syarikat MLM. Peringatan, jauhkan diri anda daripada mereka yang seringkali melaungkan kata-kata mengarut untuk melemahkan semangat anda dalam perniagaan ini. Sebaliknya dekatkan diri anda kepada mereka yang berfikiran positif dalam perniagaan ini. Ingat, mengikut kajian, pendapatan kita adalah purata pendapatan 6 orang kawan-kawan rapat kita! Jadi, berkawanlah dengan mereka yang berfikiran positif! Kerana hanya orang yang berfikiran positif mampu menjadi jutawan MLM!


AL-KISAH JUTAWAN


Jutawan Papa

LONDON: Yvonne Lawrence, 30, masih tersenyum meskipun beliau kini papa kedana, setelah sembilan tahun hidup dalam serba kemewahan selepas menang loteri RM9.46 juta.

“Saya kini lebih gembira,” dakwa Yvonne yang hilang segala kekayaannya akibat gaya hidup mewah dan juga pelaburan yang merugikan.


Hakikatnya, jika wang kemenangan daripada tiket 8, 11, 25, 46 dan 47 itu tidak dibelanjakan dan disimpan di bank, Yvonne bakal memperoleh wang faedah RM570,600 setahun dan hidup selesa.

Kini, wangnya habis dan bekas kakitangan panggung wayang yang berpendapatan RM57,000 setahun itu kini terpaksa mencari kerja, mungkin kerja di pejabat.

Keluarganya kini bergantung kepada pendapatan suaminya, Nathan yang bekerja sebagai pengimpal. Baru-baru ini mereka terpaksa menjual rumah semi-d serta kereta sport berharga RM228,000 untuk membeli apartmen dua bilik dan kereta Peugeot 307 bernilai hanya RM38,000.

“Saya melalui tempoh paling menarik dalam hidup, tapi kini saya kembali normal. Saya kini mungkin tidak berwang, tapi saya tak kesal. Yang penting, saya sihat dan kini kami memiliki tiga anak yang baik. Malah, ada kalanya saya gembira kami tidak lagi kaya.

“Sememangnya saya suka hidup mewah tapi tanpa wang, anak saya pasti lebih menghargai hidup,” kata ibu kepada seorang anak perempuan berusia enam tahun dan pasangan kembar lelaki, dua tahun itu.

Yvonne menang hadiah loteri itu ketika berusia 21 tahun dan dalam tempoh enam bulan pertama, beliau pergi membeli-belah setiap hari.

“Saya beli apa saja, pergi bercuti dengan empat rakan selama dua minggu di Florida dan Bahamas. Saya juga belanja empat rakan saya untuk membeli-belah di New York dan membawa ibu ke Disneyland, Paris.

“Saya tak perlu lagi kerja, membeli apartmen empat bilik berharga RM1.6 juta dan sebuah kereta Volkswagen Golf. Saya membelanjakan RM234,700 untuk membeli kereta Jeep Cherokee dan RM228,400 untuk membeli kereta Mercedes SLK.”

Yvonne menderma sebahagian wang kemenangannya, sejumlah RM317,100 setiap seorang untuk ibu dan bapanya yang bercerai dan RM507,650 untuk adik lelakinya, Darren.

Demi melindungi wang kemenangannya, Yvonne turut melabur dalam saham atas nasihat pakar. Semuanya berjalan lancar hinggalah 11 September 2001. Serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York yang menyebabkan pasaran saham dunia merudum merugikan Yvonne sekali gus memaksa beliau menjual sahamnya.

“Saya takut hilang semua wang saya, menyebabkan saya menjual saham. Saya rugi RM634,350 tapi wang yang saya peroleh kembali saya labur di tempat lain,” katanya.

Beliau membelanjakan RM2.54 juta untuk membeli tiga apartmen di bandar kelahiran Nathan, Gosport, Hants, tapi pasaran hartanah yang merudum menyebabkan beliau kerugian lagi.

Awal tahun ini, Yvonne terpaksa menjual sebuah apartmen dengan harga hanya RM920,000, kurang RM254,000 daripada harga yang dibelinya. Beliau turut hilang RM63,450 apabila penyewanya lesap begitu saja.

“Saya tidak boleh buat apa-apa, tapi belajar daripada pengalaman itu,” katanya.

Pada 2002, Yvonne rugi besar apabila bersetuju memenuhi permintaan Nathan menjadi pemain hoki ais profesional di Kanada.

Selepas membelanjakan RM63,450 untuk majlis kahwin, mereka terus berhijrah ke Kanada.

“Beliau menjalani kem latihan dan kami menyewa sebuah rumah dan membeli banyak perabot. Ada di antaranya terpaksa kami tinggalkan selepas hasrat Nathan tidak tercapai.

“Apapun saya puas hati kerana sekurang-kurangnya Nathan mencuba sedaya upaya. Beliau masih lagi bermain di sini, tapi dalam liga lebih rendah,” katanya.

Pada 2004, Yvonne dan Nathan melabur RM3.18 juta untuk menguruskan sebuah gimnasium.

“Kami sekeluarga berpindah ke Gosport pada masa itu. Sebahagian besar wang kami dilabur dalam hartanah dan kami ingin sesuatu yang menghasilkan wang. Nathan berasakan bisnes gimnasium peluang terbaik.

“Meskipun tak pasti, saya menurut kehendak Nathan kerana dia bersungguh-sungguh. Pada mulanya, semua berjalan lancar dan kami memiliki 700 ahli. Namun, kos tinggi menyebabkan kami tidak mampu untuk terus beroperasi.”

Awal bulan ini, gimnasium itu terpaksa ditutup dan Yvonne mengaku melakukan kesilapan kerana tidak memperoleh nasihat terbaik sebelum melabur wangnya.

"Kini saya terpaksa mencari kerja. Meskipun sukar, saya perlu meneruskan hidup untuk membesarkan anak saya. Saya kini mungkin tidak hidup mewah, tapi boleh kongsi pengalaman ini dengan anak dan harap mereka belajar daripada pengalaman ini,” katanya.


Sumber: Harian Metro, 09/03/2008


JUTAWAN KEROPOK


Pak Embong jutawan keropok
Oleh NAZDY HARUN
am@hmetro.com.my


MENGENANGKAN kehidupannya yang miskin lebih 25 tahun lalu, siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropok.

Itulah pencapaian menakjubkan Taib Muda, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.

Bagi penggemar keropok kering dan lekor dari dalam dan luar Terengganu, produk Keropok Ori keluaran Pak Embong bukanlah asing kerana terkenal dengan keenakan dan keasliannya.

Pembabitan awal Pak Embong dari Kampung Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, dalam bidang itu bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau ketika itu yang bekerja sebagai buruh terpaksa menanggung tujuh anak dengan pendapatan tidak menentu.

“Bayangkanlah dengan gaji sebagai buruh yang tidak seberapa saya terpaksa menanggung ramai ahli keluarga hingga ada ketika mengikat perut semata-mata untuk memastikan anak cukup makan dan pakaian,” katanya yang kini Pengarah Urusan Orisahanif Enterprisetika.

Selepas berbincang bersama isterinya, Suri Ngah Taib, 40, yang setia mengharungi kesusahan dihadapi mereka, Pak Embong mendapat ilham untuk memulakan perniagaan keropok kering dan lekor secara kecil-kecilan.

Walaupun pernah ada kata-kata sinis dilemparkan kepada dirinya dan keluarga ketika memulakan perniagaan, ia dianggap sebagai asam garam dan pencetus semangat untuk terus berjaya.

Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.

Menurutnya, keropok lekor yang siap diproses bersama isterinya itu dijual di sekitar kampung dan bandar Kuala Terengganu.

Rutin mengayuh beca dengan menjaja keropok berterusan lebih sepuluh tahun sebelum keuntungan yang dikumpul dijadikan modal untuk membuka kedai menjual makanan tradisi itu di Paka, Terengganu dan Johor Bharu, Johor pada 2001.

Bagaimanapun, perniagaan berkenaan diserahkan kepada rakan niaganya untuk diuruskan sebagai strategi memperkenalkan jenama Keropok Ori.

Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam.

Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.

Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong berkata, beliau melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan awal Januari lalu.

Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan.

Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Dengan memegang prinsip `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kemiskinan berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok.

Pak Embong sekarang banyak menghabiskan masanya mengurus semua cawangan kedai keropoknya selain turun ke padang bertemu pelanggan.

Selain itu, bagi menampung permintaan tinggi bekalan keropok, beliau membuka pusat memproses yang berkemampuan menghasilkan satu tan keropok lekor dan kering setiap hari.

Walaupun hidup semakin mewah dengan hasil perniagaan keropok, Pak Embong tidak pernah melupakan kesusahan dilalui, terutama ketika terpaksa mengayuh beca untuk menjual keropok.

Malah, beliau sanggup menggunakan beberapa kereta mewah miliknya seperti Mitsubishi Evolution, BMW dan pacuan empat roda mengangkut isi ikan yang siap diproses dari pusat memproses sebelum dihantar ke kedainya.

Bagi Pak Embong, kejayaan diperoleh umpama mimpi daripada seorang buruh kini dirinya mampu memiliki kehidupan lebih baik berbanding ketika mula-mula menjalankan perniagaan berkenaan.

“Semuanya ini hasil daripada hasil doa selain keberkatan Tuhan terhadap usaha gigih saya untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

“ Walaupun kejayaan ini tidak dikecapi dengan mudah, ia sebenarnya satu hikmah kepada saya supaya sentiasa menginsafi diri walaupun sudah berjaya,” katanya.

Ternyata, pelawat yang datang ke Terengganu menjadikan kedai Pak Embong sebagai destinasi persinggahan yang pasti untuk membeli keropok kering dan lekor.

“Kebiasaannya bas rombongan menjadikan kedai kami ini sebagai pelengkap lawatan mereka bagi mendapatkan keropok yang enak sebagai santapan pulang ke negeri mereka.

“Dengan harga munasabah dan dengan slogan ‘Rasa Dulu Baru Beli’ membuatkan pelanggan berasa selesa untuk mencuba sebelum membeli,” katanya.


BIODATA
Nama: Taib Muda
Umur: 53 Tahun
Asal: Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu
Jawatan: Pengarah Urusan Orisahanif Enterprise
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Isteri: Suri@Ngah Taib


Wednesday, November 18, 2009

5 RAHSIA HEBAT


Ingat 5 Rahsia Ini Sampai Bila-bila!

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.
.
Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.
.
Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.
.
Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah. Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
.


Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula


Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya disini?

.
Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

.
Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini
dengan melangkah ke arah kejayaan.


Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk


Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaannya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
.

Aset : Wang masyuk

Liabiliti: Wang keluar

.
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

.
Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianyamembawa kita kepada...

.
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif

.

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

.
Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai di situ sahaja.

.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

.
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit

..
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.

.
Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

.
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
.
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.
.
Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.
.
Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.
.
Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.
.
Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
.
Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara di atas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

RAHSIA HEBAT

Tuesday, November 10, 2009

MINDA 100%


8919_182781314273_706184273_3808091_4523391_n.jpg


Untuk merealisasikan apa saja matlamat Anda, Anda perlu 100% positif. Nak letak 200% atau 300% positif itu tak realistik, kena capai 100% dulu baru set ke matlamat seterusnya iaitu 200% positif. Bila kita sudah selalu berfikiran positif, terlalu banyak ‘cobaan’ yang datang, sama ada dalam bentuk perasaan dan peristiwa-pertistiwa lalu yang bermain di fikiran kita.


Bila minda sudah dipenuhi oleh gelombang negatif dan hati ditutupi oleh peraasaan negatif (takut gagal dan sangsi) maka lebih banyak situasi-situasi negatif akan datang kepada kita.

Minda kita ibarat magnet, apa yang selalu kita fikirkan, baik atau buruk itulah yang akan jadi pada kita, step by step dan bertahap mengikut peredaran masa mengikut sekerap mana kita membayangkannya di dalam ‘mental picture’.

Bila sudah masuk ke minda, Law Of Attraction bertindak serta merta menarik apa yang Anda fikirkan tanpa Anda sedari.


Berhati-hati bila Anda selalu bercakap sendiri, berfikir dan melihat-lihat orang lain di sekeliling Anda. Kawal kata-kata hati Anda.

Adalah lebih baik untuk memilih menjadi orang yang bersangka baik, takkan ada ruginya. Lihat dan tumpukan pada nilai-nilai positif yang a da di setiap orang, setiap benda, setiap perkara dan setiap situasi.


BMW club..welcome 2 the club





BERSEDIALAH UNTUK MERUBAH KEHIDUPAN ANDA KE ARAH YANG LEBIH BAIK.



BUATLAH KEPUTUSAN YANG TERBAIK DALAM HIDUP ANDA.


SERTAI KAMI SEKARANG DAN BERSEDIALAH MENGISI WANG KE AKAUN BANK ANDA!


PERUBAHAN UNTUK MENCIPTA SATU KEJAYAAN...!!!


GAMBAR MANA PILIHAN ANDA


Adakah ini situasi anda sekarang???


Sibuk Memanjang? Bebanan Hutang? Hutang Membuatkan Anda Tidak Berdaya? Dibelenggu Hutang Piutang? Bebanan Hutang Kad Kredit? Dikejar Bank Hutang Kad Kredit? Bebanan Masa? Bebanan Kewangan? Tekanan Di Tempat Kerja? Dibuang Kerja? VSS? Dah Tua Baru Dapat Rehat? Pencen Diusia Tua? Kerap Menemui Jalan Buntu?


Laman ini dibina BUKAN untuk anda menghabiskan waktu membaca apa yang anda anggap mengarut tetapi ianya KHUSUS bagi mereka:


» yang mencari peluang untuk mengubah taraf hidup;
» yang dibelenggu bebanan hutang piutang;
» yang menganggur;
» yang bosan dengan tekanan di tempat kerja;
» yang dibebani oleh peningkatan kos kehidupan;
» yang idamkan masa & kewangan;
» yang mahukan lebih kejayaan;
» yang ingin membantu masyarakat;
» siswa/siswi yang mencari pekerjaan;
» pekerja yang akan bersara / VSS;
» usahawan yang menghadapi masalah kewangan;
» ahli MLM yang bosan dan kecundang; dan
» Do or Die!

bagaimana caranya.....


Monday, November 9, 2009

MUDA + KAYA + POPULAR + BERGAYA = DUNIA


Kisah Jutawan Muda Hollywood

Mereka muda, popular dan paling utama, kaya. Bukan kerana mewarisi kekayaan keluarga tetapi bintang-bintang remaja Hollywood ini terkenal kerana melibatkan diri dalam industri hiburan pada usia muda.
...
Ada yang bergelar bayi jutawan dan ramai juga memiliki pendapatan berjuta-juta pada usia remaja. Mungkin mereka bertuah kerana muncul pada masa yang tepat tetapi bintang-bintang muda Hollywood ini sebenarnya turut banyak berkorban.
..
Menghabiskan zaman remaja dengan lakonan dan nyanyian, ramai di antara mereka juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan dunia glamor sehingga menimbulkan pelbagai skandal hitam.
..
Selebriti remaja seperti Miley Cyrus, Dakota Fanning, Emma Watson, Hayden Panettiere, Lindsay Lohan, Daniel Radcliffe, Hilary Duff dan Ashlee Simpson adalah antara bintang yang sedang diperhatikan dunia.
...
Ada yang mampu mengawal diri dalam arus populariti dan ada pula yang terkandas dengan kekayaan pada usia muda. Berikut adalah beberapa kisah artis muda dengan kekayaan mereka.
..


Miley Bilionair Televisyen
Drama terbitan Disney, Hannah Montana telah menjadikan Miley Cyrus pelakon remaja paling kaya dalam sekelip mata. Baru berusia 15 tahun, dia bakal bergelar bilionair menjelang hujung tahun ini.

..
Gadis ini memiliki kekayaan sebanyak AS$18 juta (RM56 juta) pada 2007. Namun, penyanyi dan aktres ini akan menjadi bilionair kerana siri francais yang dilakonkannya, Hannah Montana dianggarkan bernilai AS$1 bilion (RM3.16 bilion).
..

“Pada mulanya, tiada siapa yang menjangkakan populariti Miley. Dia adalah pujaan remaja dan kanak-kanak,” kata jurucakap Disney. Bukan itu sahaja, Miley yang kini dilanda kontroversi gambar seksinya juga baru sahaja menandatangani kontak bersama Disney Book Group untuk menerbitkan buku autobiografi yang dikatakan bernilai jutaan dolar.

...
“Pendapatan anak saya itu akan disalurkan kepada dana pelaburan. Dia (Miley) hanya boleh menggunakan wang selepas usianya mencecah 18 tahun,” kata ibunya, Leticia.

...
Kembar Kaya Sejak Bayi
Dalam ramai-ramai selebriti remaja, rasanya pasangan kembar Olsen, Mary-Kate dan Ashley adalah pelakon termuda bergelar jutawan. Mula berlakon pada usia sembilan bulan, pasangan ini popular menerusi drama Full House.

..
Menambahkan koleksi kekayaan melalui pengeluaran produk jenama sendiri dengan menubuhkan syarikat Dualstar, barangan kembar ini dijual menerusi lebih 5,300 kedai seluruh dunia.

....
“Nama mereka kukuh dalam industri hiburan dan juga fesyen. Produk jenama mereka merangkumi pakaian, buku, minyak wangi, majalah, poster dan patung fesyen dengan kerjasama Mattel menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja,” ujar sumber kepada Contactmusic.

...
Pada usia 21 tahun, pendapatan keseluruhan Mary-Kate dan Ashley yang memiliki firma yang dikenali sebagai Tween - yang menguruskan bisnes dan karier mereka, mencecah 300 juta paun sterling (RM2.1 bilion).

....
Sungguhpun selalu dikecam kerana mempromosikan bentuk badan kurus, memakai fesyen pelik dan mereka koleksi pakaian daripada bulu haiwan, pasangan kembar ini masih menjadi idola pujaan remaja Amerika Syarikat.

...
Daniel Bernilai RM113 Juta
Tiada siapa yang pernah menyangka filem Harry Potter akan menjadikan aktor muda, Daniel Radcliffe sebagai remaja paling kaya di Britian pada tahun 2006 dengan anggaran kekayaan 14 juta paun sterling (RM93 juta).

...
Dia muncul sekali lagi sebagai remaja terkaya pada tahun 2007 di Britian dengan jumlah kekayaan 17 juta paun sterling (RM113 juta). Dia juga dilaporkan menerima bayaran sebanyak 250,000 paun sterling (RM16.7 juta) untuk filem Harry Potter pertama dan sekitar 5.6 juta paun sterling (RM37.5 juta) untuk filem keempat. Selepas itu, dia menerima bayaran sebanyak 8 juta paun sterling (RM53.6 juta) untuk Order of the Phoenix.

..
Menerusi Contactmusic, satu sumber berkata, “Wang akan terus mengalir ke dalam tabungnya. Sebahagian besar adalah royalti setiap kali filem itu ditayangkan semula di kaca televisyen.”

...
Pendapatan Radcliffe disalurkan ke Gilmore Jacobs, sebuah syarikat yang ditubuhkan untuknya oleh kedua ibu bapanya. Sungguhpun kaya, Radcliffe, 18, memberitahu dia tidak mempunyai cita rasa ‘mahal’ dan tidak mempunyai masalah menguruskan kekayaannya.

..
“Saya tidak bercadang untuk menjadi seperti mereka yang membeli kereta mewah atau barangan mahal sebaik sahaja berusia 18 tahun. Benda yang saya suka adalah buku, cakera padat dan cakera video digital,” tegasnya yang suka membaca.

...
Radcliffe juga merupakan penyokong beberapa badan amal termasuk Demelza House Children’s Hospice di Sittingbourne, Kent - yang mana dia menyuruh peminatnya menderma sebagai hadiah hari jadinya. Pada Februari 2005, Radcliffe juga menandatangan kemeja-T untuk bidaan dan hasilnya disalurkan kepada mangsa tsunami iaitu Badan Kebajikan Rebuilding Sri Lanka.

...
Lindsay Kini Menganggur
Bekerja keras pada tahun 2004 dan 2005, Lindsay Lohan berdepan dengan tekanan kerja dan berehat seketika. Kembali selepas berehat, Lohan memperolehi pendapatan sebanyak AS$11 juta (RM35.2 juta) untuk filem Herbie Fully Loaded (2005).

...
“Herbie Fully Loaded membenarkan saya memilih kepelbagaian filem serta transisi kepada watak lebih matang.

....
“Filem saya sebelum ini kebanyakan menunjukkan usia di sekolah tinggi. Dan dalam filem ini, saya sudah menghabiskan pengajian kolej,” ulas Lohan mengenai filem yang berjaya meraih kutipan AS$144.2 juta (RM441.5 juta).

...
Terlibat dalam beberapa filem selepas itu seperti Just My Luck, A Prairie Home Companion, Bobby dan Chapter 27, kesemua filem itu menerima kritikan pelbagai tetapi masih laris di pasaran.

..
Dengan kekayaan itu, dia merupakan antara aktres remaja terkaya di Amerika Syarikat. Namun, kedudukannya sedikit terancam berikutan kontroversi yang dilakukannya sepanjang 2006, terutamanya sikap tidak profesionalnya di lokasi pengambaran filem, Georgia Rule.

....
Filem ini bagaimanapun berjaya meraih kutipan hanya AS$22 juta (RM70.4 juta). Dan tahun 2007 juga tidak begitu cerah bagi aktres bermasalah ini. Menurut sumber, Lindsay menjayakan watak penari bogel dalam filem I Know Who Killed Me.

..
“Karya ini satu kegagalan dan dia dicalonkan sebagai aktres terburuk pada majlis Golden Raspberry Awards. Kariernya telah lama tamat sebelum semua masalah yang timbul.”

...
Sudah menganggur selama 18 bulan, ramai yang berpendapat dia sudah tersalah langkah tetapi masih boleh diselamatkan. Namun, dengan sikap yang suka membeli-belah, Lohan juga dikatakan akan muflis tidak lama lagi. Tidak kira sama ada dia boleh diselamatkan, Lohan kini bercadang untuk melanjutkan pelajaran selepas proses pemulihan alkohol.
...
Sumber : Kosmo


MULTI-JUTAWAN


Gates terkaya di dunia - 6 rakyat Malaysia bilionair dunia

NEW YORK - Dunia kini hanya mempunyai 793 bilionair berbanding 1,125 orang pada tahun lalu berikutan krisis kewangan, lapor Forbes kelmarin.

Enam daripada 793 bilionair itu adalah dari Malaysia yang diketuai oleh taikun Ananda Krishnan dan Robert Kuok masing-masing menduduki tempat ke-62.

Kedua-dua bilionair itu berkongsi nilai kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$7 bilion (RM25.85 bilion).

Tempat pertama masih dipegang oleh pengasas syarikat perisian komputer Microsoft iaitu, Bill Gates dengan kekayaannya AS$40 bilion (RM147.71 bilion).

Pelabur legenda dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$37 bilion (RM136.63 bilion).

Hartawan dari Mexico, Carlos Slim berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$35 bilion (RM129.24 bilion).
Dua taikun kelahiran India, Mukesh Ambai berada di tangga ketujuh dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM72 bilion).

Seorang lagi taikun India, Lakshmi Mittal menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$19.3 bilion (RM71.26 bilion).

Hartawan George Soros berada di tangga ke-29 dengan kekayaan AS$11 bilion (RM40.61 bilion). Empat lagi rakyat Malaysia yang menduduki senarai Forbes itu adalah Lee Shin Cheng yang berada di tangga ke-234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Rakyat Malaysia yang turut disenaraikan adalah Teh Hong Piow yang menduduki tempat ke-261 dengan kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM9.2 bilion).
Usahawan Malaysia, Quek Leng Chan menduduki tangga ke-376 dengan kekayaan AS$1.9 bilion (RM7.01 bilion).

Seorang lagi rakyat Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarga yang menduduki tempat ke-397 dengan kekayaan AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich menduduki tempat ke-51 dengan kekayaan adalah AS$8.5 bilion (RM31.39 bilion) ketika berumur 42 tahun.
Anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Bin Talal Al-Saud berada di tempat ke-22 dengan kekayaan berjumlah AS$13.3 bilion (RM49.11 bilion).

Pemilik kelab Manchester City, Sheik Mansour bin Zayed Al Nahyan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga ke-104 dengan kekayaan AS$4.9 bilion (RM18 bilion). - Agensi


PENILAIAN = VALUATION


Formula Menjadi Kaya Yang Terhebat Di Dunia

OLEH : Usahawan Bistari.blogspot.com


Anda patut syak dan berwaspada terhadap sebarang tawaran atau apa sahaja skim untuk menjadi kaya...kecuali formula yang akan saya ceritakan yang amat ringkas dan mudah serta boleh dipraktikkan oleh semua orang. Percayalah formula ini benar-benar berkesan.
.....
Ia berkesan dengan amat baik sekali seihnggakan ia telah digunakan oleh billionaire termasyhur dunia daripada tokoh hebat zaman terdahulu seperti Rockefeller dan Ford hinggaalh taikon hari ini seperti Carlos Slim dan Warren Buffett. Cukuplah setakat ini pembukaan. Jom kita tengok formulanya.

Formula
..
Ia ringkasnya : FV = PV * (1+r)^n

Di mana
..
FV = Future Value (nilai masa hadapan)
..
PV = Present Value (nilai masa sekarang)
..
r = rate of return (kadar pulangan)
..
n= time (number of years) - tempoh masa


Keajaiban Kompaun
Sekarang, mereka yang pakar dan biasa tentang kewangan akan tahu persamaan ini 'bukan' satu misteri tetapi sering dipaparkan sebagaimana "future value of money" (FVM) diajarkan di universiti.
..
Formula FVM secara ringkas menyatakan bahawa kekayaan masa hadapan (FV) adalah fungsi dengan adanya tiga angkubah: jumlah wang yang dilaburkan hari ini (PV), kadar pulangan yang dijanakan (r) dan tempoh masa di mana wang itu diletakkan untuk bekerja (n).
..
Jadi, memaksimumkan kekayaan masa hadapan memerlukan tiga langkah.

Langkah 1: Tingkatkan PV
..
Ia memerlukan wang untuk mendaoatkan wang. Tetapi dengan secara aktif dan berterusan memperuntukkan sebagahagian pendapatan anda setiap bulan untuk pelaburan, anda akan mempunyai lebih banyak lagi dan lagi wang yang boleh bekerja untuk anda.
..
Jika semua faktor adalajh sama, lebih besar jumlah yang anda laburkan hari ini (PV), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan (FV).

Langkah 2: Tingkatkan r
..
Seterusnya anda perlukan satu jalan untuk mengembangkan modal tersebut. Sejarahnya, pasaran saham menjadi alat membina kekayaan yang paling efektif sepanjang zaman. Meletakkan wang anda ke dalam dana indeks kos rendah mungkin satu idea yang bijak.
..
Semua perkara dianggap sama, lebih besar kadar pulangan anda (r), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan.
...
Langkah 3: Tingkatkan n
..
Ramuan terakhir di dalam resipi membina kekayaan kita yang paling mudah ialah: maksimumkan time(masa) di dalam pasaran.
..
Lihat balik kepada persamaan tersebut. Anda akan lihat bahawa n merupakan fungsi penggandaan. Bermaksud bagi setiap tahun yang anda tidak laburkan, anda melepaskan satu jumlah yang besar (hampir satu magik) kepada faedah kompaun.
..
Semua perkara dianggap sama, lebih awal anda laburkan (n), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan. Angkubah terakhir
..
Jadi jangan bazirkan lebih banyak "n" lagi. Mula masukkan pulangan dan lebihan pendapatan ke dalam persamaan kekayaan kehidupan sebenar anda hari ini.


APA YANG PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?


Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire?
Anda ingin menjadi jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!
..
1 Jutawan kerja > 70 seminggu.
Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja <40>
..
2 Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!
..
3 Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
..
4 Jutawan banyak membaca. Leaders are readers.
Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
..
5 Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati.
Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
..
6 Jutawan banyak memberi.
Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk anda!
..
7 Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan.
Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
..
8 Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap!
..
Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya. Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke kelab jutawan!
..
Anda telah melalui langkah pertama dan besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire" edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara. Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain.
..
Kata-kata berbunyi "Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.