Sunday, November 22, 2009

MLM 5

Assalamulaikum!

Hari ini (Sabtu) saya duduk di rumah dan Najib ke seminar IK. Janggal pula rasanya sebab dah lama sangat saya tak berada di rumah sendiri pada hujung minggu. Saya tak joint Najib sebab sekarang kami kena buat leveraging (bukan Nate Ford aje buat ‘leveraging’ kan dalam siri LEVERAGE kat AXN).

Ada untungnya juga duduk di rumah harini ni sebab saya dapat buat sale sebanyak RM1380 walaupun duduk di rumah sahaja! Rezeki le tu, alhamdulillah. Pagi tadi ada kawan tanya saya ada beberapa jenis perniagaan yang tengah ‘ngetop’ di surat khabar kerana pengedarnya dapat buat sale RM100,000 dalam masa 3 bulan, 6 bulan dan macam-macam lagi. So, berebut-rebut la orang nak sertai bisnes tu. OK, cantikle tu sebab ada kaitan dengan RM1380 sale yang saya buat harini. Saya cerita pada kawan saya ni, perasan tak, dalam surat khabar atau televisyen selalunya mereka paparkan;

HASIL JUALAN ABDULLAH=RM100,000 dalam masa 6 bulan!

So, kita pun sibuk congak berapa le Abdullah ni dapat untung sebulan? Betul tak? So, bila kita congak, Abdullah ni dapat RM 16,666 sebulan! Fuh boleh jadi jutawan ni! J Membara le jiwa nak sertai bisnes macam Abdullah! Tetapi jangan tersilap, kadangkala kita sebagai penonton/ pembaca tak faham sebenarnya itu adalah HASIL JUALAN (harga produk sebelum ditolak modal membeli produk tu dari syarikat pengeluar) bukan HASIL PENDAPATAN/BONUS/KEUNTUNGAN!

Dalam bisnes MLM atau apa-apa bisnes pun, PENDAPATAN kita ialah beberapa peratus daripada HASIL JUALAN tu. So, jika syarikat pengeluar tetapkan bonus/pendapatan/keuntungan ialah 5% maka pendapatan Abdullah yang sebenar ialah 5% x RM100,000 = RM5000. Jika dibahagi kepada 6 bulan, secara purata Abdullah peroleh RM833 sebulan.

Amacam, jauh beza tak RM16,000 sebulan dengan RM833 sebulan? So, jikalau anda nak sertai mana-mana perniagaan jangan terkeliru dengan propaganda HASIL JUALAN. Tanyalah kepada syarikat tentang HASIL PENDAPATAN bagi mengetahui potensi keuntungan kita apabila sertai sesebuah syarikat. HASIL JUALAN digunakan hanya untuk menentukan pangkat atau kelayakan bonus yang kita terima, ia tiada kaitan dengan keuntungan jualan runcit kita. So, don’t be fooled dengan ayat HASIL JUALAN.

Kedua, ya, ada juga iklan yang nyatakan ayat ‘HASIL PENDAPATAN’. Jadi, kita sebagai peniaga yang bijak WAJIB tanya kepada syarikat/ pengedar tersebut: itu HASIL PENDAPATAN untuk berapa bulan? Kadang-kadang itu HASIL PENDAPATAN untuk 1 tahun etc, sebab tu nampak banyak. Mana aci kan. Sesiapa pun boleh buat iklan, “Hasil pendapatan RM12,000!” Padahal itu pendapatan untuk 1 tahun. Bukan pendapatan setiap bulan. To be precise kan, lihat mana-mana iklan yang paparkan secara jelas seperti:

HASIL PENDAPATAN/BONUS ABDULLAH: RM30,000 SEBULAN! (ha, ini baharulah jelas & tiada maklumat tersembunyi!).

Sekian, buatlah pilihan yang bijaksana jikalau mahu jadi jutawan. Wassalam!

p/s: berkenaan HASIL JUALAN saya bernilai RM1380 tadi, HASIL PENDAPATAN ialah 40% daripada hasil jualan tadi so saya dapat le RM552 (keuntungan runcit) harini. So, ada bezanya kan antara ‘hasil jualan’ dengan ‘hasil pendapatan/keuntungan’? Jadi, jangan terpedaya dengan propaganda HASIL JUALAN/SALE ok!


No comments:

Post a Comment