Wednesday, September 30, 2009

KETAHUILAH HAK ANDA


KRISIS EKONOMI¡­??? Sudahkah anda bersedia¡­???Adakah ANDA mahu diketegorikan sebagai PENERIMA ZAKAT..???


PELUANG kerja yang semakin susah¡­???


Atau nak jadi PENJENAYAH¡­??? Setiap hari perlukan duit untuk makan tapi kerja dah takde, maka ramailah yang akan melakukan apa saje untuk DUIT¡­


atau terpaksa membunuh diri kerana malu pada keluarga¡­???


Setiap hari kita dengar berita mengenai krisis ekonomi. Saban hari kita mendengar ramai sekali orang kehilangan pekerjaan.Adakah anda tergolong dalam golongan yang di atas¡­??? Jika ¡°YA¡±, apa tindakan anda¡­???Jika ¡°TIDAK¡±, anda seorang yang bertuah¡­ tapi takkan tiada kawan-kawan, kenalan, jiran, saudara mara anda yang termasuk dalam golongan di atas???. Tak salah jika kita berkongsi/share atau bantu mereka-mereka yang malang nie dengan memperkenalkan biz nie kepada mereka¡­ Fikir-fikirkanlah¡­


...Terpulang kepada apa yang anda cari. Adakah anda ingin mencari Syarikat untuk buat bisnis sementara atau boleh dapat duit lumayan tetapi berkekalan? SEKADAR MENGINGATKAN Sebelum terjun, lihatlah terlebih dahulu syarikat, sejarah syarikat dan leader-leader yang menerajuinya. Jangan mudah terpedaya dengan imej dan cakap-cakap yang menyeronokkan. Kita buat MLM nak buat duit, bukan nak jadi miskin¡­ INGAT tu¡­


JANGAN ROSAKKAN IMEJ ANDA

Komuniti MLM kecil. Baik di Malaysia atau Indonesia. Semua orang akan dengar reputasi anda oleh semua orang. Kalau anda turut jadi leader yang cuma pentingkan diri sendiri TANPA ada rasa tanggungjawab atau bersalah, balanya akan datang menimpa anda juga nanti. Memang anda boleh beli Mercedes atau BMW dalam masa yang singkat. Tapi ingat..!!! berapa ramai orang yang sumpah seranah di belakang anda. Rezeki yang tidak berkat pasti akan mengundang mala petaka kerana membina kekayaan atas kesusahan orang lain. Rezeki itu nantinya akan kita bagi makan anak isteri kita serta jadi darah daging. Nasihat saya, carilah rezeki yang halal dan barakah.


LATAR BELAKANG SYARIKAT

Siasat terlebih dahulu kedudukan kewangan syarikat, sejarah serta owner (pemilik) syarikat. Kalau owner tidak mempunyai rekod yang baik dari segi pengurusan kewangan dan pengalaman pengurusan, elakkan dari bernaung disyarikat seperti ini, contohnya, jika beliau pernah memiliki beberapa syarikat sebelum ini tapi sering buka dan tutup.


PENGURUSAN

Adakah pengurusan pernah ada rekod tidak bayar bonus member? Tidak bayar supplier? Tidak bayar speaker atau trainer? Tidak bayar sewa ofis? Tidak menghormati kebajikan member atau leader?¡­ Elakkan juga syarikat yang suka tukar marketing plan secara tiba-tiba. Kalau dah ¡°overpaid¡± kenapa tak kaji dari awal-awal lagi¡­ini semua alasan syarikat.


SOKONGAN DAN PRASARANA.

Sokongan dari syarikat dalam bentuk sistem computer (pengkalan data), internet dan pejabat yang lengkap. Hati-hati dengan syarikat yang berpejabat di atas kedai kopi, dengan hanya ada satu atau dua orang staff sahaja.


KETELUSAN

Pastikan anda dapat melihat di internet jaringan, jualan anda, bonus dan sebagainya.

BONUS

Bagaimana bonus dibayar¡­!!! sangat penting. Jangan nanti, bonus kelihatan berpuluh ribu ringgit di e-wallet, tapi susah atau tidak dapat terus untuk dikeluarkan¡­banyak dah yang berlaku¡­


MARKETING PLAN ¨C MUDAH DAN SEMUA ORANG BOLEH BUAT

Teliti Marketing Plan. Adakah ianya mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang. Misalnya, buat 3 line (kaki) adalah jauh lebih mudah dari terpaksa buat 10 line untuk dapatkan pendapatan besar.


JANGAN PLAN YANG OVERPAY

Dalam masa yang sama, jangan terlalu ghairah dengan marketing plan yang tidak masuk akal. Contohnya, buat 2 line (binary) tetapi tiada limit berapa pasang yang dibayar sehari ataupun bilangan pasangan yang terlalu tinggi. Contohnya 30 pasang dengan hanya 1 akaun. Ini sudah tentu overpay, maksudnya syarikat dapat jualan RM1,000 dari seorang tetapi bayar bonus RM1,500. Ertinya lebih banyak bayar daripada dapat.


MANA ADA ORANG BERNIAGA MAU RUGI BOSS¡­???

Kalau Plan Over pay, syarikat memang sengaja. Ini untuk pancing orang masuk ramai-ramai, kumpulkan jutaan ringgit kemudian tutup syarikat.


INGAT : PENIPU-PENIPU INI BUKAN BODOH. PRODUK DAN HARGA.

Kalau ingin bisnes yang boleh bertahan lama, produk yang bagus, berkualiti serta harga yang berpatutan adalah asas bisnes supaya ada belian ulangan (repeat sale) setiap bulan.

LESEN AJL (Akta Jualan Langsung)

Pastikan syarikat ada AJL. Tanpa AJL, sudah pasti ini bukan bisnes yang sah dan syarikat memang ada niat untuk tutup bila-bila masa.

PERJUMPAAN KUMPULAN, MEETING & KURSUS.

Tanpa perjumpaan yang kuat serta meeting yang berterusan, amat sukar bisnes ni bertahan. Jika syarikat tidak beri tekanan kepada perkara-perkara sedemikian, bolehlah saya membuat kesimpulan bisnes ini tidak akan jadi benar-benar besar dan tahan lebih lama. Adalah sukar juga bagi anda membina serta mengekalkan jaringan anda tanpa perjumpaan kumpulan, meeting dan kursus.

KEPIMPINAN LEADER DI JARINGAN.

Perhatikan dan tanya siapa 001 ataupun leader-leader utama yang menerajui di jaringan syarikat. Jika mereka mempunyai rekod yang tidak baik dari segi amanah dan kepemimpinan, jauhi syarikat ini kerana ianya tidak akan kemana-mana.


LEADER HEBAT, LEADER PENYANGAK.

Ramai leader yang tidak peduli dengan apa yang akan jadi pada orang yang mereka bawa masuk, asal mereka dapat duit. Orang ramai yang kurang pengetahuan akan termakan dengan kata-kata ¡°leader-leader hebat¡± ini. Semuanya baik belaka tentang syarikat itu walaupun mereka tau yang owner syarikat serta plan memang menipu dan tak masuk akal. Rahsia yang tidak dimaklumkan kepada orang ramai ialah, biasanya leader-leader hebat dengan Mercedes dan BMW ini diupah oleh owner syarikat untuk menarik orang ramai ke syarikat mereka. Setakat RM10,000 ke RM50,000.00, biasalah. Expenses semua tanggung. Makan, minum, tidur hotel 5 bintang dan sebagainya. Jadi mereka kelihatan tersangat sukses dan mewah. Kadang-kadang 001 ini turut dipinjamkan Mercedes untuk putar belitkan pasaran. Orang biasa tengok leader hebat datang dengan kereta mewah, makan minum di hotel 5 bintang, terus terpedaya. Yang mereka tak tau, itu semua disponsor oleh syarikat¡­Penyangak BESOR¡­Lagi satu, soal leader tak angkat call juga sangat biasa. Memang ramai leader berperangai macam itu pun. Masa nak ajak, boleh call 99 kali sehari semalam 24 jam. Bila dah buat duit dia lesap, padahal dia tau syarikat itu memang penipu dari awalnya. Ada syarikat yang memang dah rancang dari awal, buat Marketing Plan sampai orang boleh mengigau bila melihatnya.


IMEJ DAN BISNIS STRATEGI.

kadang-kadang kita sendiri memang suka ditipu sebab kita TAMAK. Kita tak peduli latar belakang syarikat. Pejabat entah dimana atau atas rumah kedai pun tak apa asal dapat janjikan kita keuntungan beratus kali ganda dalam masa secepat mungkin. Mereka tau, 99% di pasaran, orang takkan tanya dari mana datangnya wang bonus boleh dibayar. Yang penting dia akan dapat banyak¡­semuanya TAMAK HALOBA¡ ­maaf kalau saya katakan melalui survey yang kami jalankan ini mengatakan hampir 90% orang melayu kita banyak terkena tipu, mana ada bisnes yang bila join cuma bayar RM1++ cari 2 orang dapat RM3++¡­ dan ada sesetengahnya pula tak payah buat apa-apa sekadar tunggu duit masuk dalam akaun jer¡­Setelah melihat semua itu, buatlah keputusan dan bertindak segera. Di dalam dunia bisnes, timing adalah segala-galanya. Kepantasan bergeraklah yang akan menentukan kejayaan serta keuntungan anda. Saya mewakili Team Empayar.com memohon maaf andai kata ada terkasar bahasa dalam saya menulis hasil survey ini, dan bagi saya kita berjuanglah bersama-sama dalam kita memantapkan lagi kerjasama dalam kumpulan kita. ¡°


YAKIN BOLEH¡ ± MLM LOVER


No comments:

Post a Comment