Sunday, October 4, 2009

UBAH CARA KITA BERFIKIR



Kebanyakan orang mempunyai impian yang sangat besar dan sentiasa impikan yang indah-indah belaka..tetapi apabila tiba satu peluang mereka akan menolak dengan seadanya.Ini membuatkan mereka akan duduk dalam keadaan sama saja sebab bagi saya 'if u do the same, u get the same'..dalam kotak fikiran mereka bermain 1001 alasan..!!


Antara sikap orang yang gagal ialah suka bagi alasan dan suka complain.Antara alasan yang kerap keluar dari mulut orang yang gagal saya takut untuk cuba, saya balik fikir,saya tengok dulu, saya malas, saya tak pandai cakap, saya takde duit dan bermacam-macam lagi..tapi mereka masih belum sedar bahawa mereka masih duduk dalam kesempitan dan sering merungut dengan kehidupan seharian!!Contoh rungutan yang keluar ialah..aduh sewa rumah tak byar lagi, kereta dah 2 bulan tak bayar, credit card dah decline, minyak naik lagi dan baanyak lagi..


Sesungguhnya golongan ini ialah golongan yang selesa dalam kesusahan..apabila dapat peluang mereka menolak tetapi masih belum sedar bahawa mereka dalam kesusahan..jadi marilah kita merebut peluang yang ada...kita lihat kaum lain berlumba-lumba untuk berjaya, kita masih dalam keadaan sama saja..masih duduk dibawah tempurung..WHY???


No comments:

Post a Comment