Wednesday, September 23, 2009

BENTENG DI MINDA !!!


SEBELUM 6 Mei 1954, tiada pelari yg mampu berlari sejauh 1 batu dalam masa KURANG 4 minit. Kerana ramai manusia yg lahir pada zaman tersebut berfikiran perkara itu adalah sesuatu yg MUSTAHIL untuk dilakukan.

Kemudian pada 6 MEI 1954, ROGER BANISTER telah berjaya memecahkan fikiran mustahil tersebut dan berjaya berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!!! Beliau adalah seorang yang beranggapan tiada yang mustahil dalam dunia ini kerana bagi beliau setiap permulaan dalam dunia adalah dimulai dgn LANGKAH PERTAMA. Segala-galanya boleh menjadi kenyataan sekiranya dimulakan dengan langkah pertama yang menyakinkan bermula dari minda lagi.

Selepas itu, pada tahun yg sama juga, beberapa pelari lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit. Kemudian, tahun-tahun seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari yang berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!!!


Apa yang telah terjadi???


Kisah ROGER BANNISTER ini sering diperkatakan dalam ceramah atau buku-buku motivasi di Barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu dilalui dalam kehidupan harian ialah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil dalam minda seseorang, maka ia sememangnya dari awal lagi telah menjadi mustahil. Sebaliknya, sekirannya ia boleh dilakukan bermula dari minda bermakna tiada lagi yang mustahil untuk dilakukan. Langkah pertama yang anda perlukan lakukan adalah pecahkan benteng musthail dalam minda anda!!!


Sharing is caring, caring is loving...


GO GO GO UNSTOPPABLE!!!


No comments:

Post a Comment