Monday, October 26, 2009

TAKUT DAN BERANI UNTUK BERJAYA


Merujuk pada hasil kajian yg dilakukan oleh Professor Schein yg pernah di muatkan dlm "Sloan Management Riview" (The Interactive Manager 1995), terdapat 4 jenis rasa takut yg mesti diatasi oleh kita semua sebelum kita melangkah utk mendapatkan apa yg kita inginkan dari diri kita. Apakah ke4-4 jenis rasa takut itu??


1- Perasaan takut sekiranya dikatakan gagal oleh org lain (Fear of failing others). Kita takut gagal bukan kerana takut menanggung `rasanya` kegagalan itu dalam diri kita, tetapi takut dgn apa yg akn dikatakan oleh org lain kepada diri kita.


2- Perasaan takut gagal dlm diri kita (Fear of failing oneself).Kita takut akan kegagalan kerana kalau kita gagal maka hidup kita akan diancam bahaya kerana kita tidak mempunyai apa2 lagi.


3- Perasaan takut pada sesuatu yg belum diketahui (Fear of unknow). contohnya perubahan yg tidak pasti, seperti takut meninggalkan pekerjaan sekarang kerana belum pasti tentang pekerjaan yg akn datang.


4- Perasaan takut utk berjaya (Fear of succes). Kita takut akn kegagalan sehingga membuat kita mengelak daripada berusaha utk mencapai kejayaan.


Ke4-4 jenis ketakutan mungkin boleh difahami oleh pemikiran sesiapa pun tetapi kewujudan istilah takut inilah yg perlu kita waspada. Adakah org berjaya takut pada kejayaan??? Secara teori, jelas semua org ingin berjaya tetapi secara praktiknya, penyakit takut untuk berjaya inilah yg dideritai oleh ramai org.


Semua org ingin dan mahu berjaya tetapi yg tidak diinginkan oleh kebanyakan org adalah menghadapi risiko utk berusaha bg meraih kejayaan yg biasanya(majoriti) didahului oleh beberapa kegagalan. Jean Kerr menyimpulkan bahawa tidak ada undang2 lisan bagi seseorg utk meraih kejayaan tetapi semua org boleh membuat undang2 sendiri dgn belajar daripada kegagalan yg dialami.


Soichiro Honda menyimpulkan bahawa resepi utk berjaya adalah dengan menambah jumlah kegagalan dan menambah jumblah introspeksi. Terdapat petua lain yg menyatakan bahawa semua org mempunyai bakat utk berjaya tetapi tidak semua org (bahkan sedikit org) yg mempunyai bakat utk menghadapi kegagalan yg diperlukan utk mencapai kejayaan...


Dari manakah penyakit takut utk berjaya ini muncul?? jika diamati, kemunculan wabak penyakit ini tidak boleh terlepas dari pemikiran sempit (bakhil pada diri sendiri). Kemahuan kita adalah kejayaan itu semestinya datang kepada kita tanpa harus berusaha. Sekiranya ada usaha, hendaklah jgn sampai adanya usaha yg dipenuhi kegagalan.


No comments:

Post a Comment