Monday, October 19, 2009

KEJAYAAN PASTI ADA


Subject: info : Kejayaan

Tanggal 17 September 2009 yang lalu, genaplah 106 tahun sejak pertama kali kapal terbang pertama ciptaan pasangan kembar Orville dan Wilbur Wright berlegar di ruang angkasa. Sebelum tarikh keramat tersebut, siapa sangka manusia mampu terbang bebas di angkasaraya persis kawanan burung di langit biru. Namun sedarkah kita pencapaian besar dalam sejarah teknologi dunia ini bertitik tolak dari angan-angan pasangan kembar tersebut ketika dihadiahkan permainan berbentuk helikopter oleh bapa mereka ketika hanya berusia 2 tahun.

Dan kapal terbang hanyalah salah satu contoh dari ribuan malah jutaan ciptaan hebat alaf ini yang hanya bermula dengan secebis angan-angan. Lantas, tiada suatu apa pun yang sepatutnya menghalang kita untuk berangan-angan mengapai sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.

Sebagai seorang pekerja, apa salahnya kita meletakkan angan-angan untuk menjadi pekerja terbaik dalam jurusan masing-masing dalam masa yang sama menjunjung tinggi etika syarikat. Malah berjaya menjadi sanjungan dan rujukan dalam bidang kemahiran tertentu dan mendidik ahli-ahli yang lain demi perkembangan karier mereka.

Sebagai seorang ketua keluarga di rumah, mungkin angan-angan kita adalah untuk mendidik dan membentuk suasana penuh kasih sayang dan persekitaran serba islamik di rumah. Juga mendidik isteri dan anak-anak ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

Sebagai seorang ahli masyarakat, berangan-anganlah untuk mengesani masyarakat dengan cara menyumbang ke arah kebajikan umum, prihatin terhadap masalah setempat, bersama-sama dalam aktiviti-aktiviti kejiranan serta menjadi qudwah ikutan kepada generasi muda mudi setempat.

Sebagai seorang hamba pula, angan-angan kita sepatutnya untuk menjadi hamba yang taat serta komited dengan amal-amal wajib, menambah nilai ibadah dengan pelbagai amalan sunat, mengajak taulan terdekat kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menyebarkan risalah Islam serta membina hubungan yang akrab dengan Pencipta.

Dan berangan-anganlah untuk menjadi semua itu pada masa yang sama!

Ya, memang tidak ada yang mustahil untuk dicapai. Sebagaimana tiada siapa yang terfikir ratusan tahun dahulu bahawa manusia akan mampu terbang bebas di angkasa menaiki jentera besar lagi berat bernama kapal terbang. Maka apa yang menjadi penghalang untuk anda menjadi susuk individu dengan karakter yang disebut di atas dalam masa 10 tahun akan datang?

Benar, bukan semua angan-angan akan mencerna kejayaan, namun percayalah setiap pencapaian hebat dalam ketamadunan manusia bermula dengan angan-angan. Walaubagaimanapun, angan-angan sahaja tidak akan mampu membawa kita ke mana-mana. Apa yang lebih penting ialah usaha yang tidak mengenal putus asa serta komitmen dan disiplin demi mengejar angan-angan tersebut.

Mungkin masih ada tidak mengetahui pasangan kembar Wright tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka kerana terlalu sibuk dan bersungguh-sungguh merealisasikan harapan untuk membangunkan teknologi penerbangan demi kemaslahatan manusia sejagat!

Sebab itulah tidak kira apa yang orang lain nak kata kenapa selalu hanya kita bergambar disebelah kereta orang lain..itu ANGAN2 saya!! Jadikan itu sebagai permulaaan suatu kejayaan..

Ingat, Kegagalan itu adalah SUKSES yang TERTUNDA!!

No comments:

Post a Comment