Friday, January 8, 2010

TIP UNTUK PELAJAR


Student IPTA/IPTS sekrang tak macam dulu. Mereka kini dah pandai mancari duit tambahan untuk menampung & meringankan beban keluarga. Ramai menyedari bahawa duit pinjaman/biasiswa/PTPTN tidak mencukupi. Pelbagai usaha dilakukan seperti ada yang buat part-timejob, freelance job, guru tuisyen, memasuki pelbagai skim cepat kaya di internet, buat multi-level-marketing, buat insurance dsbnya.

Apapun, mereka harus bijak bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka. Berikut adalah tips asas sebagai panduan.

1.Buka 3 akaun di 3 buah bank yang berlainan.

2.Akaun 1 (bank A) untuk duit keluar-masuk.

3.Akaun 2 (bank B) untuk kegunaan emergency.

4.Akaun 3 (bank C) untuk simpanan tetap.

5.Apa juga yang anda kehendaki, survey harga, dapatkan yang terendah & berkualiti dan bayar CASH! Elakkan dari bayar ansuran atau 2-3 kali bayar. Kalau belum cukup duit JANGAN BELI LAGI dan ELAKKAN MEMINJAM.

6.Jangan Cepat terpengaruh seperti terlalu ghairah untuk dapatkan hanfon canggih, laptop terkini & guna apa yang anda ada dulu. Simpan impian untuk dapatkannya secepat mungkin.

7.Akaun 1 gunakan untuk belanja, beli barang, kegunaan harian, bayar bil, apa yang diperlukan sahaja. Buat cash limit dalam wallet/purse anda seperti RM30 sehari. Jangan belanja lebih dari had yang anda tetapkan. Jangan juga simpan cash untuk seminggu kerana konfom bajet lari. Biar pegi ATM setiaphari kerana anda dalam latihan belajar menguruskan kewangan harian.

8.Akaun 2 untuk kegunaan emergency. Ini adalah back-up sekiranya anda berbelanja melebihi had. Namun untuk keluarkan akaun ke-2, anda hanya dibenarkan keluar 2 kali je sebulan. Kalau urgent, anda mesti tunggu minggu keluaran. Barulah anda rasa macamana orang makan gaji sakit tunggu gaji.

9.Akaun ketiga untuk simpanan tetap. Anda tidak boleh keluarkan duit anda sehingga anda rasa benar2 perlu. (simpan untuk tempoh jangkamasa lama sehingga anda grad). Ia dapat mebantu anda apabila telah grad nanti, manalah tau kot2 tak dapat kerja lagi...hihi!

10.INSYAALLAH, kita akan bincangkan seterusnya nanti, sekiranya anda menyertai program i wish, bagaimana teknik anda menguruskan kewangan. Fuih! Konfom anda kaya sebelum grad, gaji anda melebihi dari gaji manager2.

No comments:

Post a Comment