Tuesday, December 15, 2009

UTUSAN - 15/12/2009


Prestasi usahawan tempatan tentukan hala tuju ekonomi M'sia

15/12/2009 10:18pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peralihan Malaysia kepada sebuah negara berpendapatan tinggi akan akhirnya bergantung kepada kejayaan atau kegagalan usahawannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam usaha menghambat negara-negara berpendatan tinggi, adalah tidak dapat dielakkan bahawa akhirnya keputusan mengenai pelaburan terpaksa berpindah kepada para usahawan dan pasaran secara keseluruhannya.

"Malaysia kini berada pada “perangkap negara berpendapatan-sederhana” yang menggambarkan bahawa ia dihimpit antara pengeluar berpendapatan rendah dan kelompok penyedia inovasi yang pantas bergerak.

"Dengan itu, kita perlu menukar rentak dan meneruskan momentum pertumbuhan tinggi, di dalam memastikan sasaran Wawasan 2020 menjadi kenyataan,” katanya pada majlis penganugerahan Usahawan Tahunan Ernst & Young di sini hari ini. - Bernama


No comments:

Post a Comment