Monday, December 7, 2009

MUHAMMAD SHUKRI IDRIS (MSI)

Multiple Stream Of Income

Ok! jika sebelum ini saya cerita pasal passive income… kali ini saya nak cerita pasal teknik orang kaya meng”kaya”kan lagi diri mereka. Caranya ialah dengan mewujudkan “Multiple Stream Of Income (MSI)” atau dalam bahasa melayu sanskritnya.. “Sumber Pendapatan Pelbagai”.Multiple Stream Of Income

Active Income + MSI

Yer… anda boleh mewujudkan MSI dengan melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Contohnya, pada waktu siang anda bekerja di pejabat, dan pada waktu malam pula anda menjual burger atau membawa teksi. Itupun dikira sebagai MSI, tetapi masalahnya… anda akan berasa sangat “letih & sedih” jika melakukannya pada jangka waktu yang panjang. Letih sebab perlu bekerja sepanjang hari.. sedih sebab akan mengalami stress & tekanan akibat kepenatan yang melampau. Lagipun, jika anda menjadikan”active income” sebagai MSI anda, tidak banyak “saluran” yang boleh anda lakukan.. paling-paling banyak pun 2-3 kerja (MSI) sahaja.

Passive Income + MSI

Untuk menjadi “lebih” kaya dan gembira… anda perlu wujudkan MSI menggunakan “Passive Income”. Cara yang paling popular pada masa lalu ialah dengan membeli beberapa hartanah dan menyewakannya. Jika sebuah hartanah (rumah sewa) mampu menjana pendapatan sebanyak RM1000 sebulan kepada anda, maka… jika ada 5 rumah? Setiap bulan.. senang-senang je anda boleh dapat RM5000 sebulan.

Tetapi itu “zaman dulu”, masalah yang wujud dengan teknik hartanah ini ialah, ia memerlukan “kos/modal” yang besar untuk melakukannya. Tetapi kini, zaman dah berubah… dunia dah maju…. kini sudah wujud satu konsep baru dimana.. “Website” dijadikan sebagai “hartanah maya”. Ianya lebih mudah dan murah untuk dilakukan. Konsepnya tidak jauh berbeza…. jika 1 website boleh memberikan anda pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan.. bayangkan jika anda mempunyai 10 buah website.

“Wow! kaya! kaya! kaya!!… goyang kaki je (sebab passive income) RM10,000 mahsyuuuk setiap bulan.

Jadi.. usah buang masa.. bina MSI anda dengan menghasilkan banyak “passive income”.


No comments:

Post a Comment