Friday, October 30, 2009

JANGAN PANDANG RENDAH PESAING

Ramai usahawan melakukan kesilapan memandang rendah pesaing mereka. Mereka mengabaikan pesaing-pesaing utama dengan alasan dalam hati mengatakan “Ahh.. strategi dia pastinya tak menjadi!”.


competition2.jpg


Ini adalah satu kesilapan yang besar kerana memandang rendah pesaing hanya mengaburkan mata kita daripada strategi sebenar yang dilakukan oleh pesaing. Jangan lupa pesaing juga mempunyai strategi tersendiri untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.


Apa yang terbaik anda boleh lakukan adalah hormati pesaing anda yang berjaya. Jangan pandang rendah pesaing terbaik anda. Pelajari strategi yang dilakukan dan perbaiki perniagaan sendiri berdasarkan kekuatan yang ditunjukkan.


No comments:

Post a Comment