Wednesday, September 9, 2009

SATU PERUBAHAN..KITA BAGAIMANA..???


A'skum & Hi Everyone,

Hari ini saya akan share 1 kisah bagaimana orang biasa mampu menjadi jutawan bermula dengan idea sahaja. Saya harap ini akan memberikan anda sumber inspirasi jutawan!

++++++++++++++Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?++++++++++++++++++

Nama : Jonathan Elvidge,
Warganegara : England
Umur : 27 tahun...Apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.
Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topengmahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.
Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.
Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah diHull.
Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull.

Menjalin kerjasama dengan Andrew Hobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama, mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk yang menjadi kegilaan ialah lampu lava.

Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.

Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya di sebuah syarikat telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes sendiri. Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin, memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak membelikan kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekad untuk membuka kedai gadgetnya sendiri. Beliau membuat kajian produk dan setelah berjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai di pasaraya Hull. Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayi yang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding, beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agak mahal $30,000 setahun. Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupun bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnya tidak cukup. Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalin kerjasama. Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membuka dua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pesta perdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada seorang operator menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!

Jiwa jutawan mestilah bersemangat kental dan tidak mudah mengaku kalah, walau apa pun rintangan yang datang, anggaplah ianya satu ujian dan anda terus maju ke depan! Jumpa lagi dengan idea jutawan yang lain!

Demi Kejayaan Anda,

MUHAMMAD SHUKRI IDRIS (MSI) - Unstoppable Team

P/S: Tahukah anda seorang "penganggur" menjana RM1,000,000.00 dalam masa 15 bulan!! Dan bagaimana seorang bekas "Mat Dispatch" menjana RM 80,000.00 sebulan!!
- Majalah Maskulin, keluaran April 2008.

Ketahui Rahsia bagaimana Program Unstoppable yang telah berjaya mengubah hidup mereka & ramai lagi dgn SMS nama & lokasi ke 019-4491238 - Ramai yang telah berjaya, ANDA BILA LAGI???



No comments:

Post a Comment